Overthinking: Penyakit Pep Guardiola Yang Tiada Ubatnya

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebelum ini sering kali dilabel overthinking ketika menghadapi perlawanan penting di peringkat eropah.

Musim ini, beliau sekali lagi bermain dengan api apabila cuba untuk outsmart Thomas Tuchel pada final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) setelah mengalami 2 kekalahan berturut-turut menentang Chelsea.

Raheem Sterling yang kebelakangan ini tidak berada dalam kesebelasan utama memulakan perlawanan. Guardiola juga mengambil keputusan luar jangka apabila memulakan permainan tanpa holding midfielder.

Ilkay Gundogan yang merupakan penjaring terbanyak City musim ini diarahkan untuk mengisi posisi holding midfielder dipercayai untuk mengawal tempo permainan kerana menjangka City akan lebih menguasai permainan.

City telah bermain sebanyak 60 perlawanan musim ini dan hanya sekali mereka memulakannya tanpa Rodri atau Fernandinho, iaitu pada final UCL!

Ternyata mengubah sistem pada waktu genting memakan diri apabila Chelsea mengambil kesempatam atas kurangnya perlindungan terhadap barisan pertahanan City.

Mari bersama penulis kita imbas kembali insiden di mana Guardiola terlampau memikirkan kekuatan lawan dan mengabaikan kekuatan pasukan sendiri sehingga menyebabkan beliau sering gagal di peringkat kalah mati UCL.

Bayern Munich 0-4 Real Madrid | Separuh Akhir UCL 2014

Madrid mendahului 1-0 hasil kemenangan pada perlawanan pertama. Kemudian memenangi perlawanan timbal balas 4-0 dan menghadiahkan Guardiola malam paling memalukan dalam kariernya.

Guardiola sepatutnya memulakan perlawanan kedua seperti biasa dan merencana semula jika gagal membuahkan hasil. Namun beliau memilih untuk mengubah formasi kepada ultra attacking 4-2-4 dari sepak mula yang akhirnya memakan diri.

Liverpool 3-0 Manchester City| Suku Akhir UCL 2018

Menentang Liverpool, Guardiola memadatkan bahagian tengah dengan meletakkan Gundogan dan meninggalkan runner seperti Raheem Sterling di bangku simpanan. Kevin de Bruyne pula mengisi posisi midfield kanan.

Liverpool hanya memerlukan setengah jam untuk mengeksploitasi kelemahan sistem baru Guardiola dengan menjaringkan 3 gol. Pada minit ke 56 baru beliau menyedari kesilapan dan meletakkan pemain di posisi sebenar mereka namun semuanya sudah terlambat.

Tottenham Hotspurs 1-0 Manchester City | Suku Akhir UCL 2019

Pep mengambil pendekatan yang lebih defensif dan pasif pada perlawanan pertama. Meletakkan Leroy Sane dan Kevin De Bruyne di bangku simpanan hingga lewat permainan.

Tewas 1-0 setelah Sergio Aguero gagal menyempurnakan penalti pada awal perlawanan. Kegagalan menjaringkan gol di tempat lawan memakan diri apabila tersingkir dalam peraturan gol di tempat lawan.

Olympique Lyonnais 3-1 Manchester City | Suku Akhir UCL 2020

Keputusan Guardiola untuk beralih ke formasi 3-5-2 dan mengurangkan kreativiti pasukannya menjadi bala apabila 3-1 kepada Lyon. Agak negatif, dia memilih untuk menyaingi sistem dan formasi Lyon, bermain dengan dua pemain tengah yang bermentaliti defensif.

City yang ketika itu mempunyai serangan paling produktif di Eropah ketika itu, menyimpan kekuatan sendiri demi menyaingi lawan yang mereka sendiri terumbang-ambing di liga domestik.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.