Page Bola Turki Usik Salih Ucan Kembar Aliff Syukri

Semalam netizen Malaysia dan Turki menjadi meriah. Ini selepas Istanbul Basaksehir mengumumkan bahawa Salih Ucan menjadi pemain baharu mereka.

Menariknya admin kepada page bola Turki tersebut turut terperasan bahawa wajah Salih Ucan mirip banget sama Aliff Syukri Terlajak Laris seorang jutawan kosmetik dari Malaysia.

Dalam status tersebut, page tersebut mengajak netizen Turki untuk menyertai satu kuiz.

Ternyata Kuiz itu cuma banter dan usikan ke atas Salih Ucan, bekas pemain AS Roma.

Dan mereka bertanya siapakah skor lebih banyak dalam enam bulan terakhir ini. Admin ternyata sedar akan populariti Aliff Syukri di Instagram.

Salih Uçan lahir pada 6 Januari 1994. Beliau merupakan seorang pemain bola sepak profesional Turki yang pernah bermain untuk kelab Roma sebagai pemain tengah.

Beliau pernah membuat penampilan dan gol dalam pasukan kebangsaan pada 5 Mac 2014.

Salih memulakan kerjaya juniornya di kelab Bucaspor kemudian memulakan kerjaya seniornya di kelab itu sejak 2010. Dia berpindah ke Fenerbahçe sebelum menyertai Roma pada 2014 secara pinjaman.

Namun Salih gagal menjadi pemain yang mendapatkan kontrak tetap dengan Roma dan beberapa kali dipinjamkan ke kelab lain termasuk, Sion, Empoli – yang akhirnya menjadi pemain tetap Empoli.

Dia bermain dengan beberapa kelab Turki yang lain selepas itu. Musim lalu dia menyertai gergasi Turki, Besiktas secara tetap. Dan akhirnya dipinjamkan ke Istanbul Basaksehir.

Baca yang lain