Pakar Kesihatan Saran PKP Dilanjutkan Beberapa Minggu Lagi

Pakar kesihatan awam berpendirian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilanjutkan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara kita.

Ianya dengan Mengambil kira kes kematian yang sudah melepasi angka 60 kematian pada semalam. Seterusnya, berlaku juga pertambahan kes jangkitan baharu setiap hari.

Oleh yang demikian, pakar kesihatan menganggap bahawa, langkah terbaik bagi mengekang penuluaran wabak itu adalah dengan melanjutkan lagi tempoh PKP.

Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, menyatakan bahawa pihak mereka menyokong PKP dilanjutkan lagi untuk beberapa minggu.

Ini bagi memastikan virus covid-19 dapat dikekang penularannya.

Kerajaan sebelum ini sudah mengumumkan dua fasa PKP. Dan kerajaan akan memberitahu sama ada PKP bakal dilanjutkan atau tidak pada 10 April ini – seperti yang dinyatakan sebelum ini.

PKP adalah satu usaha untuk social distancing. Ianya dilakukan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak di antara manusia.

Seterusnya Ahmad Shukri menegaskan, pada pertengahan bulan ini dijangka kira-kira 8,000 lagi rakyat Malaysia akan pulang.

Ahmad Shukri berkata: “Kami sokong jika kerajaan hendak melanjutkan lagi arahan PKP. Tambahan pula kita menerima laporan kemungkinan berlaku gelombang ketiga penularan wabak itu kerana ada kira-kira 8,000 lagi rakyat kita akan pulang pertengahan bulan ini.”

“Lagi pun, PKP yang kerajaan laksanakan masih mempunyai kelonggaran untuk rakyat bergerak dari satu daerah ke daerah lain atau ke negeri lain dengan syarat mendapat izin pihak polis.”

Sementara itu, seorang lagi pakar kesihatan awam dan persekitaran, Dr Suhainizam Muhamad Saliludin, berkata langkah melanjutkan arahan PKP amat wajar.

Hal ini kerana masih ada kes jangkitan baharu dilaporkan pada setiap hari selain pewartaan zon PKP Diperketatkan (PKPD) di ibu negara baru baru ini.

Menurut beliau lagi, walaupun situasi penularan wabak COVID-19 ketika ini dilihat agak terkawal, namun setiap hari ada saja kes baharu yang direkodkan.

Ianya sekali gus menunjukkan bahawa jangkitan wabak itu masih berterusan di negara kita pada ketika ini.

Beliau berkata: “Maknanya, dalam komuniti kita hari ini, sudah ada kontak yang membawa jangkitan dan pada masa ini, kita belum dapat membendung wabak ini sepenuhnya.”

“Selagi ada kes baharu, saya fikir PKP perlu diteruskan. Ini membabitkan soal keselamatan negara,” tegas pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Semalam Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham mengesahkan bahawa kluster baharu – Persidangan Gereha di Kuching Sarawak terdapat 24 kes baharu, dengan 4 kes berada di ICU.

Untuk kluster dari Itali pula, terdapat 1 kes baharu dengan dua kes masih dirawat di unit rawatan rapi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di