Pakar Perpindahan Bola Jerman Sahkan Kai Havertz Hampir Ke Arsenal

Pakar perpindahan bola sepak Jerman, Florian Plattenberg mengesahkan bahawa Kai Havertz kini hampir pasti menjadi milik Arsenal.

Havertz benar benar berminat mahu menyertai Arsenal. Dan ianya telah menjadi kunci penting dalam usaha Arsenal terus memujuk Chelsea mengurangkan lagi harga pemain itu.

Havertz menjadi pemain kegemaran Mikel Arteta dan dianggap akan menjadi pemain penting dalam bergandingan dengan penyerang seperti Gabriel Jesus.

Bayern cuba mendapatkan maklumat tentang Havertz dan kemudian memutuskan untuk tidak membuang masa meneruskan usaha memburu Havertz.

Ini kerana rundingan Havertz ke Arsenal dikatakan terlalu advance ataupun sudah hampir dimeterai.

Chelsea masih berharap mereka akan mendapat pakej keseluruhan sekitar £75 juta untuk Kai Havertz. Kerana mereka mahu mengurangkan kerugian mereka daripada pembelian pemain itu sebelum ini.

Pada masa yang sama Chelsea perlu berusaha mendapatkan wang sebanyak mungkin dalam jendela perpindahan kali ini sebagai langkah keselamatan untuk akaun FFP mereka.

Havertz awalnya menjadi sasaran Thomas Tuchel di Bayern Munich. Namun perubahan pada struktur rekrut pemain kerana pemecatan Oliver Kahn dan Hassan Salihamidzic membuatkan kelab itu tidak melakukan usaha pro aktif.

Havertz turut menarik minat Real Madrid yang baru kehilangan Karim Benzema. Namun Real Madrid merasakan harga yang diminta Chelsea terlalu mahal.

Arsenal kemudian datang dengan tawaran mereka walaupun sedar Chelsea meminta harga yang sangat tinggi.

Namun Arteta yakin Chelsea akan lebih fleksibel dalam rundingan dengan Arsenal memandangkan Kai Havertz sudah setuju ke Arsenal dan tidak ada masalah dengan terma peribadi ditawarkan kepadanya.

Kemudian kelab kelab lain seperti Real Madrid mulai kurang berminat untuk terus mendapatkan Havertz. Bayern pula terus membisu.

Bayern hanya cuba memulakan langkah awal pada minggu ini. Namun akhirnya sedar bahawa mereka tidak berpeluang mendapatkan Havertz berbanding Arsenal.

Baca yang lain