Pakar Perundangan Saran Dembele Saman Barcelona Sebab Mencemarkan Maruahnya Sebagai Pekerja

Situasi pemain penyerang sayap dari Perancis iaitu Ousmane Dembele di Barcelona terus rumit. Ousmane Dembele dilaporkan boleh meyaman Barcelona menggunakan undang undang buruh di Sepanyol.

Ianya selepas kelab tersebut melanggar peraturan buruh berkaitan dengan menjaga maruah pekerja serta mencemarkan imej pekerja mereka. Ini kerana Barcelona telah mengumumkan secara terbuka bahawa mereka membuang nama Dembele daripada aktiviti pasukan serta merta selepas gagal mencapai kesepakatan dengan pemain itu untuk kontrak baharu.

Dembele sebelum ini sangat kecewa kerana menurutnya dia masih ada kontrak. Namun sudah dibuang oleh kelab dan jurulatihnya.

Pengarah di Institut Perundangan Sukan iaitu Toni Roca menyatakan bahawa: “Dembele malah boleh meminta penamatan kontrak sebelah pihak di bawah akta pekerja artikel 50 yang turut terpakai kepada semua pemain bola sepak.”

Penamatan kontrak sebelah pihak mungkin sukar dicapai, namun dalam situasi Dembele, ianya ada sebab yang kukuh untuk pemain itu melakukannya. Ini kerana Barcelona telah melanggar hak seorang pekerja, kata Roca.

Berdasarkan artikel 50 undang undang buruh Sepanyol, memperuntukkan bahawa, seseorang pekerja itu boleh meminta wang pampasan di atas penyingkiran mereka, ataupun layanan majikan yang menindas kehormatan pekerja

Roca menambah: “Saya faham, langkah ini lebih drastik dan sukar. Lagipun dia cuma ada baki enam bulan sahaja di dalam kontraknya. Jadi, kita fahamlah kenapa Dembele tidak akan menggunakan opsyen ini.”

“Namun untuk meminta pampasan berkaitan dengan imejnya sebagai pekerja adalah perkara yang berlainan. Dia malah masih berhak menuntut saman tersebut walaupun selepas ini sudah tak bekerja di Sepanyol.”

“Saya bukan menuduh Xavi sebagai membuang Dembele daripada aktiviti kelab atas sebab tidak berkaitan dengan isu kesukanan. Dan Dembele sendiri sudah dimaklumkan tentangnya. Namun kelab telah mengeluarkan mesej kepada umum dengan mempersoalkan komitmennya kepada entiti yang dia tak mahu melanjutkan kontrak.”

Roca merujuk kepada Alameny, CEO Barcelona yang sebelum ini mempersoalkan komitmen Dembele kepada Barca dan projek baharu. Seterusnya Barcelona sudah meminta Dembele untuk berambus dan mencari kelab baru. Pada masa yang sama kelab turut berusaha mencari pembeli kepada pemain tersebut sebelum 31 Januari 2022 – tarikh terakhir jendela perpindahan musim sejuk.

Roca turut menyatakan bahawa Barcelona telah mengubah persekitaran kerja pemain itu dengan melucutkan namanya daripada aktiviti bola sepak.

“Di sini boleh ditafsirkan bahawa keadaan kerja Dembélé telah diubah suai oleh syarikatnya, kerana pemain dilucutkan daripada aspek penting dalam aktivitinya, iaitu bermain, bukan kerana keputusan teknikal, tetapi atas sebab bukan sukan, seperti seperti yang diakui kelab.”

“Ini berlaku hanya kerana tidak dia tidak memperbaharui kontrak, sesuatu yang pemain tidak diwajibkan untuk melakukannya. Pemain bola sepak itu tidak melanggar etika pekerjaannya dengan Barcelona dengan enggan menyambung kontrak, “tambah Roca.

“Selain itu, jelas sekali terdapat pencabulan maruah pekerjaan dan kehormatannya dengan membayangkan dia seorang atlet profesional yang tidak baik. Ia adalah tindakan yang tepat dilakukan oleh Dembélé dengan membuat pernyataan untuk mempertahankan dirinya semalam dalam kenyataannya melalui rangkaian sosial. Ia adalah keputusan yang boleh diakreditasi,.”

Toni Roca, bagaimanapun, menolak bahawa pemain Dembele boleh menggunakan opsyen menuduh Barcelona melakukan gangguan di tempat kerja.

Akhir sekali, Toni Roca menegaskan bahawa kes Dembele ini pasti akan menjadi rujukan di masa yang akan datang sekiranya berlaku lagi kes kelab membekukan pemain hanya kerana mereka tidak mahu melanjutkan kontrak.

Sumber: ABC

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari