Pakar Tidur Dedahkan Ronaldo Tidur Siang 5 Kali Sehari Sebagai Salah Satu Tips Kejayaannya

Penyerang Manchester United itu sangat komited ke atas kariernya sebagai pemain bola sepak. Komitmen itu bukan sahaja di atas padang, malah di luar padang, ianya lebih tinggi.

Dikenali dengan disiplinnya menjaga fizikal dan kerajinannya berlatih serta bersenam, Ronaldo meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

Pakar tidur, Nick Littlehales pernah bekerja dengan Ronaldo semasa dia di Real Madrid dan menceritakan bagaimana rutin tidur Ronaldo antara penyumbang kepada kejayaan pemain itu, selain daripada diet dan latihan yang berterusan.

Nick Littlehales banyak membantu atlet dalam konsultansi tidur mereka. Ini termasuk bintang seperti Pete Samprass.

Menurut Littlehales Ronaldo akan tidur sekurang kurangnya 5 kali sehari untuk tidur siang. Ronaldo sendiri mengakui dia merupakan seorang yang kuat tidur siang.

Ronaldo berkata, tidur akan membantu merehatkan otot terutama sekali ketika otot sedang kesakitan.

Bercakap mengenai rehat, bintang Portugal itu berkata: “Tidur yang betul adalah sangat penting untuk memanfaatkan sepenuhnya latihan.”

“Saya tidur awal dan bangun awal, terutamanya sebelum perlawanan. Tidur membantu otot pulih yang sememangnya penting.”

Littlehales berkata Ronaldo akan tidur dengan posisi janin (fetal position) pada siang hari. Ni ha contoh dia:

Jelas sekali gym dan senaman yang intensif adalah sebahagian besar dalam kehidupan Ronaldo. Oleh sebab itu ototnya sangat kuat dan cepat pulih apabila ianya sakit atau cedera. Dan tidur merupakan salah satu rehat yang paling efisien digunakan Ronaldo.

Litthehales kemudian menegaskan, dia mulai bekerjasama dengan Ronaldo ketika dia melawat pusat latihan Real Madrid.

Dan pemain Portugis itu benar benar berminat mahu tahu, bagaimana tidur yang betul akan dapat membantunya sebagai seorang atlet.

Ronaldo ketika itu benar benar berminat mahu mendengar dan mahu tahu apa manfaat tidur yang disarankan oleh Littlehales kepada kariernya.

Littlehales menjelaskan: “Sesiapa yang pernah bekerja dengan Ronaldo tahu bahawa jika anda mengadakan perbincangan di sudut bilik, dia akan datang dan bertanya apa yang anda bincangkan.”

“Saya telah dijemput ke Real Madrid apabila Carlo Ancelotti menjadi pengurus [pada 2013]. Saya berdiri di tepi padang latihan, bercakap dengan kakitangan Madrid, ketika itu Ronaldo sedang berlari.”

“Dia telah berlatih sepanjang hari dan anda akan menjangkakan dia berlari terus ke bilik persalinan untuk mandi tetapi dia bertanya apa yang kami bincangkan.

“Dia berminat dengan apa yang saya cuba lakukan [membimbing atlet tentang cara tidur yang terbaik] kerana sebagai seorang atlet dia sentiasa melabur dalam dirinya.”

“Daripada apa yang saya pelajari daripada bekerja dengannya, Ronaldo tidak berminat dengan diet fesyen, dia tidak berminat meniru orang lain. Satu-satunya perkara yang dia bimbangkan ialah: adakah ia bermanfaat untuknya?”

Baca yang lain