Papa Messi Salahkan Taktikal Pochettino Punca Messi Tak Skor Sesuka Hati Lagi

Ejen kepada Lionel Messi secara terbuka menyalahkan taktikal Mauricio Pochettino sebagai sebab kenapa Messi gagal menjaringkan gol sesuka hatinya di Ligue 1.

Messi menyertai PSG selepas gagal memuktamadkan kontrak dengan Barcelona. Messi pergi ke PSG secara percuma selepas FFP melarang Barcelona mendaftarkan Messi atas sebab akaun bil gaji pemain mereka sudah defisit.

Kehadiran Messi di PSG diibaratkan pelengkap kepada pasukan football fantasy di alam nyata.

Namun sejak tiba di PSG, Messi berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol setiap minggu seperti di Barca.

Lionel Messi masih bergelut untuk menjaringkan gol dalam Ligue 1 musim ini walaupun sudah menjaringkan 1 gol. Namun untuk level Lionel Messi ianya dianggap terlalu hambar.

Pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu menjadi pemain utama PSG bersama dengan Neymar dan Mbappe untuk membentuk gandingan dianggap trio serangan paling mengerikan. Mana tidaknya, ketiga tiga mereka sangat hebat dan ada reputasi luar biasa.

Ayah Messi salahkan Pochettino

Ejen Lionel Messi iaitu ayah dia sendiri, Jorge Messi mempersoalkan taktikal Pochettino yang dikatakan menjadi punca Messi gagal menyerlah di Ligue 1.

Ini kerana menurutnya, Messi seringkali diletakkan di peranan yang tidak bebas (free role) di atas padang berbanding dengan peranannya di Barcelona.

Di Barcelona, Messi bermain peranan bebas dan sistem dibina berdasarkan beliau.

Ayah Messi menyatakan kritikan ke atas Pochettino itu kepada L’Equipe sambil meragui kredibiliti pengurus tersebut untuk mengendalikan pasukan yang ada Lionel Messi di dalamnya.

Ayah Messi bukan yang pertama mengkritik taktikal Pochettino yang dianggap sebagai terlalu ketat dan tak memberikan kebebasan kepada para pemain.

Henry mahu Messi sedar bahawa PSG pasukan Mbappe

Sebelum ini Thierry Henry pernah meminta Messi lebih rendah hati dan berlapang dada agar menerima hakikat bahawa dia kini tertakluk kepada sistem berasaskan Mbappe. Ataupun pasukan Mbappe. Ini bukan pasukan Messi, kata Henry.

Messi dan Henry pernah bergandingan di Barcelona. Dan beliau merasakan bahawa Messi sekarang bukan konduktor utama taktikal pasukan PSG.

Henry berkata: “Messi terputus [isolated] dan tidak banyak menyentuh bola. Saya tak kata aksi dia menyedihkan, cuma saya katakan bahawa posisi dia ini terputus dengan yang lain.”

“Saya lebih memilih dia untuk bermain di tengah berbanding dengan peranan sayap kanan, di mana dia tak akan memberikan banyak impak dari posisi itu.”

“Dia bergelut dengan posisi sayap kanan, namun dia boleh menemui rentaknya kalau diarahkan bermain di posisi penyerang tengah.”

Seterusnya, Thierry Henry menjelaskan, Messi sebelum ini menyerlah dengan posisi sayap kanan di Barca kerana dia menjadi asas kepada sistem dan dia bergerak bebas.

Namun di PSG, Henry menganggap Messi sekarang sedang bermain dalam ‘pasukan Kylian’ yang menjadi ‘wajah’ utama permainan PSG ketika ini.

Jadi, dalam keadaan sekarang ini, lebih baik Messi beraksi di posisi lebih ke tengah iaitu penyerang tengah atau false 9.

“Messi adalah pemain yang tak banyak bercakap, tetapi dia bercakap menerusi bola. Buat masa ini, pasukan ini adalah pasukan Kylian. Bola akan banyak terus pergi kepada Kylian.”

“Dan pada masa yang sama, hanya boleh ada seorang je konduktor atas padang, kalau tidak, kamu tidak boleh bermain dengan tempo yang sama.”

“Dalam pasukan ini terlalu ramai konduktor pada ketika ini,” kata Henry merujuk kepada Neymar dan Mbappe turut mahu bermain dengan cara mereka sendiri dan mahu sistem mengikuti mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di