Pasukan Jepun Bersihkan Bilik Persalinan & Nota Origami: “Terima Kasih Qatar, Kami Hargainya”

Jepun sebenarnya mencipta 2 kemenangan bersejarah dalam Piala Dunia 2022. Di mana mereka menewaskan Jerman pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan. Dan kemudian mengalahkan Sepanyol pada aksi ketiga peringkat kumpulan.

Namun ketika berdepan Croatia, Samurai Biru terpaksa akur dan tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti.

Satu perkara yang sentiasa menjadi sorotan media tentang penyokong Jepun di Qatar adalah bagaimana mereka sentiasa membersihkan sampah di tempat duduk mereka dalam stadium sebelum meninggalkannya.

Mereka melakukannya ketika pasukan mereka menang ke atas 2 gergasi Eropah, walaupun bagi penyokong lain itulah masanya untuk mereka bersorak gembira keluar stadium dan meraikannya.

Namun seorang peminat Jepun berkata: “Kami orang Jepun, tak akan tinggalkan sampah kami di tempat orang tanda menghormati tuan rumah.”

Ketika mereka tewas pun penyokong mereka tetap melakukan rutin yang sama. Dalam suasana sedih dan kecewa, bukan alasan untuk tidak melakukan perkara yang seakan akan sudah menjadi budaya mereka.

Seorang wartawan bertanya kepada peminat Jepun kenapa mereka selalu membersihkan tempat duduk mereka.

Ada yang menjawab, dari segi kebersihan, ianya penting kerana kita mahu menunjukkan hati kita bersih.

Dari sudut kepercayaan mereka pula, mereka percaya pada karma.

Beberapa lagi orang menjawab ianya adalah benda biasa dan sudah praktik dalam diri mereka.

Satu lagi momen yang harus dikongsikan adalah keadaan di bilik persalinan pasukan Jepun.

Para pemain dan pegawai mereka memastikan bilik persalinan ditinggalkan dalam keadaan sebersih yang mungkin. Sama ketika mereka masuk, begitulah keadaannya ketika mereka keluar.

Cuma kali ini, mereka telah meninggalkan nota terima kasih dengan lipatan seni origami yang simbolik dengan Jepun.

Mereka menulis dalam tulisan Jepun dan Arab nota terima kasih kepada Qatar.

Mereka menulis: “Terima kasih di atas suasana yang sangat hebat, kami sangat menghargainya.”

Para peminat tersentuh melihat sikap pasukan Jepun dan juga penyokong mereka.

Malah menyatakan bahawa apa yang mereka lakukan ini pastinya akan menjadi ikutan pasukan lain dan peminat dari pasukan lain.

Bagi peminat bola sepak, mereka sudah lama mengetahui bagaimana adab orang Jepun ketika bertamu di tempat orang setiap kali acara bola sepak.

Mereka mengekalkan budaya yang sama sehingga ke hari ini. Dan bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila peminat Jepun membawa sendiri plastik sampah di dalam beg mereka.

Walaupun Jepun tersingkir di peringkat 16 akhir, para pemain dan pegawai mereka disambut dengan sambutan pewira ketika tiba di Tokyo.

Peminat menghargai semangat dan dedikasi semua yang terlibat dalam kempen kali ini.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu