Pasukan Liga Bawahan Jerman Turunkan 7 Pemain Amalkan Social Distancing Dibantai 37-0

Sebuah pasukan di liga bawahan Jerman iaitu SG Ripdorf/Molzen II telah memutuskan hanya menurunkan 7 pemain sahaja.

ESPN melaporkan, tindakan itu adalah kerana mereka mahu mengekalkan penjarakan sosial.

Akibat bermain dengan kurang 4 pemain, pasukan mereka tewas di tangan SV Holdenstedt II  0-37 dalam perlawanan yang berlangsung pada 13 September.

Dalam perlawanan divisyen ketiga Jerman itu, Pengerusi Bersama Ripdorf memberitahu ESPN bahawa, mereka sudah memohon agar aksi ditunda.

“Kami sudah meminta agar perlawanan ditunda. Namu Holdenstedt pula bersungguh sungguh nak bermain.”

“Ramai pemain kami tak nak bermain. Dan pada hari perlawanan cuma ada tujuh saja yang datang. ”

“Sebaik sahaja perlawanan dimulakan, pemain kami terus menghantar bola kepada pemain lawan, dan mereka pergi ke tepi padang.”

“Holdenstedt menjaringkan gol, tetapi pengadil memberikan kad kuning kepada ketua pasukan kami kerana tidak ada semangat kesukanan.”

Selepas kad kuning dilayangkan kepada kapten mereka, Ripdorf menyatakan mereka terpaksa masuk ke padang.

Namun mereka tidak mahu mendekati pemain lain. Oleh itu mereka berdiri pada jarak selamat sekurang kurangnya 1.5 meter daripada satu sama lain.

Mereka mengelak daripada bersentuhan dengan para pemain lain di atas padang. Jadi, tidak ada bentesan, cabaran fizikal, duel dan semua perkara yang memerlukan mereka merapati lawan – dilakukan.

Mereka lebih rela melihat gol mereka dibolosi daripada melanggar peraturan penjarakan sosial.

“Pemain pemain Holdenstedt langsung tak nak faham. Kami tidak mahu merisikokan apa apa. Dan sepanjang perlawanan pemain kami hanya berdiri di atas padang tanpa berbuat apa apa.”

“Para pemain menjarakkan diri daripada pemain lain untuk penjarakan sosial.”

Sebenarnya di Jerman dan di negara negara lain di Eropah, mereka sudah ada saringan kesihatan sebelum memulakan perlawanan.

Pemain perlu mengasingkan diri daripada orang lain untuk memastikan mereka tidak terdedah kepada virus.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di