PBNP Sahkan Hutang Gaji Sumareh RM4.9 Juta, Mahu Lantik Peguam Antarabangsa Kendalikan Kes

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) tampil dengan mengesahkan bahawa mereka berhutang sebanyak $1.2 juta ataupun RM4.9 juta gaji Sumareh.

Dan mereka sudah menerima surat daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan mereka membayar gaji pemain tersebut dalam masa 45 hari daripada tarikh arahan dikeluarkan.

Bekas pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, PBNP sudah menyerahkan perkara itu kepada bahagian guaman PBNP untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Di mana beliau membayangkan bahawa PBNP sedang menilai untuk mengemukakan rayuan kepada badan bola sepak dunia itu termasuk mendapatkan alasan penghakiman.

Dipetik daripada Harian Metro, Suffian – yang kini menjad CEO Sri Pahang FC – juga menegaskan bahawa PBNP mungkin akan melantik peguam antarabangsa dari luar negara untuk membantu mereka menyelesaikan perkara tersebut.

“PBNP juga kemungkinan melantik peguam dari luar negara untuk membantu dalam menyelesaikan kes Sumareh ini,” kata Mohammed Suffian yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC ketika dihubungi, hari ini.

Beberapa bulan lalu, Sumareh meminta dilepaskan oleh Pahang untuk menyertai kelab Thailand. Ianya selepas Sumareh kecewa kerana tidak dibayar gaji.

Sumareh kemudian memanjangkan perkara itu kepada FIFA. Sebelum ini Sumareh menandatangani kontrak sehingga 2021.

Sumareh vs PBNP

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang pernah mengejutkan dunia bola seoak apabila mereka dengan bergerak solo menjatuhkan hukuman ke atas Mohamadou Sumareh. Walaupun pemain itu sudah mengajukan kes beliau kepada FIFA berkaitan gajinya.

Namun menurut PBNP itu tidak menghalang mereka daripada menjatuhkan hukuman gantung 2 tahun daripada aktiviti bola sepak.

Hukuman itu diumumkan oleh PBNP kerana menurut mereka Sumareh, bersalah di atas empat tuduhan melanggar kontrak seperti berikut:

  • Membuat kenyataan media tanpa persetujuan PFA.
  • Membawa kes beliau terus ke Fifa dan tidak melalui jawatankuasa FAM
  • Gagal mengikuti latihan bersama pasukan Liga Super Pahang dari 3 Ogos hingga 28 Ogos.
  • Gagal hadir untuk perlawanan Liga Super Pahang menentang JDT di Kuantan pada 28 Ogos.

Namun hukuman oleh PBNP itu dilaporkan berkuatkuasa untuk aktiviti bola sepak di Pahang dan aktiviti di bawah seliaan PBNP.

 

Kes Sumareh itu mendapat perhatian Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam pada ketika itu. Di mana beliau menegaskan FAM menggunakan pendekatan tunggu dan lihat apakah tindakan daripada FIFA.

Ini kerana secara automatik kuasa FIFA lebih besar daripada FAM. Kes ini sudah dibawa ke FIFA.

FAM menegaskan pada masa itu FIFA sedang mengumpul butiran dan bukti berkaitan dan keputusan tatatertib berkenaan masalah ini dijangka akan diumumkan akhir tahun ini.

Dipetik dari Stadium Astro, Stuart berkata: “Seperti yang telah kami ketahui sebelumnya, perselisihan antara PFA dan Sumareh sekarang sedang disiasat di Fifa. Oleh kerana itu, FAM perlu menghormati proses sewajarnya badan pemerintah dunia sebelum mengambil tindakan apa pun.”

“Agar tidak menyulitkan masalah, FAM tidak akan memberikan komentar lebih lanjut mengenai hal itu sampai keputusan dibuat di Kamar Penyelesaian Pertikaian di Fifa.”

FAM menegaskan isu Sumareh ini rumit. Kebiasaannya hukuman berat seperti yang dikenakan oleh PBNP itu adalah melibatkan kes besar seperti rasuah ataupun mengatur perlawanan.

Untuk kes perlanggaran kontrak ianya tidak seberat itu hukumannya. Lebih lebih lagi jika Sumareh berjaya dalam dakwaannya ke atas PBNP yang tidak melangsaikan gajinya mengikut jadual dipersetujui dalam kontrak.

Oleh itu FAM tidak sewenang wenang boleh menggantung Sumareh pada masa ini, sedangkan kes beliau sedang disiasat dan diteliti di FIFA.

Jadi selepas beberapa bulan, akhirnya FIFA membuat keputusan bahawa Pahang harus membayar RM4.9 juta – jumlah tunggakan keseluruhan kontrak Sumareh sehingga 2022.

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari