Pemain Brighton Ini Terpaksa Bersara Pada Usia 24 Tahun Kerana Penyakit Jantung Keturunan

Enock Mwepu terpaksa menamatkan karier bermainnya berikutan diagnosis penyakit jantung keturunan.

Keadaan itu dilaporkan boleh bertambah buruk dari masa ke semasa. Dan ianya akan meletakkan Enock pada risiko yang sangat tinggi untuk mengalami serangan jantung yang boleh membawa maut, jika dia mahu terus bermain bola sepak kompetitif.

Pengerusi kelab Brighton, Tony Bloom berkata, “Kami semua benar-benar hancur hati untuk Enock. Dia dan keluarganya mengalami trauma beberapa minggu dan walaupun kami bersyukur dia telah melalui tempoh itu, dia telah melihat kerjaya yang begitu cerah, terpakasa ditamatkan pada usia yang begitu muda.”

“Sebagai sebuah kelab, kami akan memberinya semua kasih sayang, bantuan dan sokongan yang kami mampu untuk pulih sepenuhnya, dan kemudian ketika dia memutuskan langkah seterusnya dalam hidupnya.”

Ketua jurulatih, Roberto De Zerbi menambah, “Saya sangat sedih dengan Enock. Sebelum saya tiba saya melihat semua skuad, dan dia adalah pemain yang saya sangat teruja dan tidak sabar untuk bekerjasama. Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk membantunya.”

Enock Mwepu bermain dalam kemenangan hari pembukaan Albion ke atas Manchester United. Di mana dia beraksi sebagai pemain gantian.

Ketua Perubatan dan Prestasi, Adam Brett menjelaskan, “Ia adalah tamparan yang teruk untuk Enock, tetapi dia perlu mengutamakan kesihatan dan keluarganya dan ini adalah pilihan yang tepat, walaubagaimanapun sukar untuk berhenti dari permainan yang dia suka.”

Enock jatuh sakit semasa dalam penerbangan untuk menyertai pasukan Zambia semasa rehat antarabangsa dan selepas tempoh di hospital di Mali dia kembali ke Brighton untuk menjalani ujian jantung dan rawatan berterusan.

Ujian-ujian ini telah menyimpulkan bahawa penyakitnya adalah disebabkan oleh keadaan jantungnya yang diwarisi secara keturunan.

Keadaan jantungnya itu tidak dapat dikesan sebelum ini kerana ianya nampak normal. Namun selepas ujian yang benar benar teliti dibuat, pakar perubatan mendapati bahawa Enock Mwepu ada penyakit jantung keturunan.

Penyakitnya itu akan benar benar berisiko jika dia terus bermain bola sepak. Itu adalah perkara yang sangat malang buat Enock, kerana bola sepak adalah kariernya.

Namun demi keselamatannya, dia mengundur diri selepas mendengar nasihat doktor.

Adam meneruskan, “Sudah tentu, memandangkan ini adalah kerjaya Enock dan keputusan yang tidak boleh dipandang ringan, kami telah meluangkan masa untuk seteliti mungkin, menyelesaikan penyiasatan jantung lanjutan dan bekerjasama dengan pakar klinikal untuk mendapatkan pendapat kedua yang terbaik untuk Enock.”

“Kami akan membantunya memastikan keadaan itu diuruskan dengan rawatan yang sesuai untuk dia menjalani kehidupan yang panjang dan sihat.”

Ada impian harus berakhir

Enock dalam kenyataan rasminya berkata: “Seorang budak dari pekan kecil di Zambia bernama Chambishi ada berita untuk dikongsikan. Dia kekal kuat untuk mengikuti impiannya bermain bola sepak di peringkat tertinggi. Dan berkat kemuliaan Tuhan, dia menjalani impiannya dengan bermain di Liga Perdana Inggeris.”

“Ada sesetengah impian, nampaknya harus berakhir, dan ianya berakhir dengan keesedihan, bahawa saya mengumumkan akan menggantung but selepas menerima nasihat perubatan.”

“Bagaimanapun, ini bukannya pengakhiran kepada karier bola sepak saya. Saya merancang untuk kekal terlibat dalam kapasiti tertentu.”

“Dengan ini, saya mahu mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam pengembaraan bola sepak, termasuk isteri saya, dan keluarga, ejen saya 12MAN, kesemua bekas kelab dan rakan sepasukan saya, jurulatih, terutama sekali mereka yang berada di Brighton.”

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi