[VIDEO] Pemain Ferencvaros Rai Gol Menganjing Dengan Gayanya, Ronaldo Membalas Dengan Gol Padu Ini

Juventus menang 2-1 ke atas Ferencvaros pada perlawanan 4 di Kumpulan G Liga Juara-Juara Eropah 2020/2021.

Dalam perlawanan ini, bintang Bianconeri, Cristiano Ronaldo dan Alvaro Morata menjaringkan gol.

Walaupun menang, Juventus ketinggalan terlebih dahulu.

Pelawat menjaringkan gol pada minit ke-19 menerusi skor dari pemain Albania, Myrto Uzuni. Pemain sayap berusia 25 tahun itu menewaskan penjaga gol pasukan tuan rumah, Wojciech Szczesny dan meraikan gol dengan gaya siiiiii Cristiano Ronaldo di hadapan pemain legenda itu sendiri di halaman Juventus.

Ronaldo pastinya tidak mahu berdiam diri melihat pemain itu meraikan gol tersebut di hadapannya dengan gaya tersebut.

Ternyata penganjingan itu tidak berakhir dengan kegembiraan. Ini kerana, Ronaldo terus bertindak.

Pada minit ke-35, Juventus menyamakan kedudukan menerusi gol cantik Cristiano Ronaldo. Bintang Juventus itu menerima bola dari Juan Cuadrado.

Ronaldo kemudian melakukan beberapa sentuhan dan merembat bola datar yang cantik menewaskan penjaga gol Ferencvaros.

Korang saksikan di sini bagaimana gol itu dihasilkan oleh pemain legenda tersebut.

Pada separuh masa kedua, Juventus berusaha mendapat gol kemenangan lewat pada masa kecederaan menerusi pemain yang terus cemerlang di Eropah musim ini, Alvaro Morata.

Juventus masih berada di tangga kedua di belakang Barcelona dalam carta kumpulan G.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan