Pemain Flop Newcastle Hero Hatrik Dan Lengkapkan Comeback Forest Di St James’ Park

Penyerang buangan Newcastle, Chris Wood kembali ke St James’ Park dan menjaringkan hatrik pada Boxing Day.

Boxing Day memang hari di mana akan ada sejarah pelik dalam bola sepak terhasil. Dan kali ini ianya dimulakan dengan pemain yang dianggap flop di Newcastle, Chris Wood, yang datang dan menyusahkan Newcastle United.

Chris Wood benar benar cemerlang di atas padang. Namun dia kali ini berseragam Nottingham Forest. Kelab yang meminjamnya dari Newcastle musim lepas sebelum dia membuat perpindahan tetap.

Chris Wood antara pembelian yang dibuat Eddie Howe selepas prestasinya yang cemerlang bersama Burnley. Namun ketika di Newcastle, dia gagal menjadi penyerang yang diharapkan.

Dia hanya bermain 35 perlawanan dan mencetak 4 gol dalam semua pertandingan untuk The Magpies.

Newcastle memulakan aksi dengan gol pertama perlawanan, menerusi penalti Alexander Isak.

Namun selepas itu Chris Wood membuatkan peminat Newcastle jadi hilang akal dibuatnya.

Dia menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa pertama. Kemudian mencetak gol pendahuluan pada minit ke-53. Woods tidak pernah menjaringkan lebih 2 gol semusim dalam EPL ketika bersama Newcastle. Dan kini dia mencetak 2 gol dalam 54 minit menentang mereka.

Tidak cukup dengan itu, minit ke-60, Wood mencetak hatrik dan menjadikan kedudukan 1-3 memihak pelawat. Sebelum ini Wood hanya menjaringkan 1 gol di St James’ Park bersama Newcastle. Tetapi kali ini sudah mencatatkan 3 gol dalam masa 60 minit.

Dia juga menjadi pemain keempat yang mencetak hatrik ke atas bekas pasukan yang diwakilinya dalam Premier League selepas Andy Cole menentang Newcastle 1999, Marcus Bent vs Blackburn pada 2007, Josh King vs Everton pada 2021.

Peminat menyatakan bahawa Newcastle benar benar sesat di dalam hutan [Forest] kayu [WOODs].

Tamat perlawanan Newcastle 1 Nottingham Forest 3. Kekalahan yang membuatkan Newcastle terlepas peluang untuk meminta West Ham United.

Baca yang lain