Pemain Ong Bak Lawan Sampai 24 Jahitan Digantung 3 Tahun Dan Minta Maaf Terbuka

Korang masih ingat Aitsaret Noichaiboon? Pemain yang telah melakukan elbow slash gaya Toni Jaa ke atas lawannya. Dia akhairnya telah memohon maaf kepada Supasan Ruangsuphanimit, pemain North Bangkok University FC yang diserang dan dicederakan dengan kejam dalam perlawanan Liga 3 Thailand.

Aitsaret, baru yang baru menghadapi hukuman penggantungan selama 3 tahun kerana pukulan Muay Thai pada saat-saat akhir perlawanan. Aitsareet dan Supasan telah bertentang mata pada sidang disiplin yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Aitsaret memberitahu Supasan dan pegawai FAT bahawa dia amat menyesali kejadian itu.

“Saya ingin memohon maaf atas apa yang saya lakukan pada hari itu,” kata bekas pemain Bangkok FC itu.

“Ia adalah saat yang penuh emosi dan saya tidak dapat mengawal diri saya.”

“Saya memohon maaf dan saya memohon maaf kepada Supasan, pasukannya dan orang lain atas kejadian itu.”

Lt. Jeneral Pol Amnuay Nimmano, pengerusi jawatankuasa disiplin FAT, kemudian berkata FAT telah membentuk jawatankuasa untuk menyiasat insiden itu dan penemuannya akan diumumkan sebaik panel itu menyelesaikan siasatannya.

[Video] Pemain Muda Thailand Dapat 24 Jahitan Terkena Jurus Sok Ti Ala Tony Jaa Dari Lawannya

Seorang pemain muda di Thailand telah dipecat ataupun ditamatkan kontrak serta merta oleh kelabnya selepas melancarkan serangan yang luar biasa ala aksi Muay Thai Tony Jaa ke atas pihak lawan.

Gerakan itu digelar Sok Ti dalam disiplin Muay Thai. Ia juga dipanggil Sok Tat di beberapa wilayah di Thailand. Dianggap salah satu gerakan pemusnah paling bahaya. Ini kerana impaknya sangat kuat.

Ni haa orang putih ni ajar tips untuk melakukannya:

Selepas serangan Muay Thai itu, Bangkok FC terus menamatkan kontrak Aitsaret Noichaiboon selepas dia menyerang Supasan Ruangsuphanimit yang mewakili Universiti Bangkok Utara FC semasa perlawanan divisyen ketiga di Thailand pada Ahad.

Selepas disepak di kakinya oleh Ruangsuphanimit pada pada aksi di masa kecederaan, Noichaiboon yang pasukannya sedang ketinggalan 3-0, bengang dan bertindak agresif. Di mana lawannya telah melakukan pukul curi ke atas kakinya dan kemudian berlagak seolah olah tiada apa berlaku.

Dia meluru masuk ke padang dan tanpa banyak cakap dia terus melancarkan serangan menggunakan siku yang kuat sekali.

Noichaiboon segera dibuang padang oleh pengadil, ketika pemain dari pihak lawan mulai mengerumuninya mahu berlawan dengannya.

Pengadil dan pegawai perlawanan dengan cepat meredakan ketegangan tersebut daripada berlaku lebih banyak insiden tidak diingini.

Ruangsuphanimit dibawa ke hospital selepas serangan itu dan memerlukan 24 jahitan untuk merawat luka di mukanya.

Bangkok FC mengeluarkan kenyataan selepas perlawanan mengesahkan Noichaiboon telah dipecat oleh kelab itu. Apa sahaja alasannya, mereka tidak dapat menerima tindakan ganas oleh penmain muda tersebut.

“Bangkok FC ingin [mengambil] pendirian dan tidak menyokong tindakan itu,” kata kenyataan itu.

“Kelab telah membatalkan kontrak pemain itu. Kelab ingin mengucapkan takziah atas insiden itu dan akan melakukan segala yang mungkin untuk menghentikan perkara ini lagi.”

North Bangkok University FC juga mengeluarkan kenyataan selepas perlawanan, memberikan kemas kini mengenai keadaan Ruangsuphanimit.

“[Dia] telah menjalani pemeriksaan fizikal di Hospital Bangpakok-Rangsit 2 selepas pemain No 6 kelab Bangkok FC itu diserang di mukanya dengan sengaja,” kata kenyataan itu.

“Selepas berjumpa doktor [mereka] mendapati kawasan bibir atas mengalami luka yang teruk. Oleh itu, doktor telah menjahit sebanyak 24 jahitan untuk menutup luka tersebut.

“Kelab akan memberikan penjagaan dan tanggungjawab.”

BACA JUGA: Pengadil Ini Tersungkur Terkena Rolling Thunder — Dianggap Teknik Paling Sukar Dan Menakutkan Dalam MMA

Rolling thunder adalah merujuk kepada gerakan yang dilakukan dengan petarung MMA akan melipat lawan mereka dengan kaki ala scorpion kick dalam keadaan bergulung.

Petarung MMA Luis Gonzalez cuba melakukan gerakan pemusnah tersebut ke atas lawannya, malangnya, kakinya singgah di kepala pengadil.

Luiz Gonzalez mewakili Mexico bertarung dengan petarung dari Ireland, Lewis Byrne pada Khamis lalu dalam acara MMA Super Cup.

Dalam pusingan separuh akhir, Gonzalez cuba mendapatkan kemenangan segera dengan teknik yang dianggap antara paling menakutkan dalam MMA. Ini kerana impaknya sangat dahsyat.

Petarung yang digelar sebagai The Assassin itu menggulungkan badannya dengan darjah kesukaran yang sangat sukar, cuba mengenakan rolling thunder ke atas Byrne.

Malangnya, pengadil pertarungan, Mandhardt berada di kedudukan di mana dia pula yang ‘menyambut’ rembatan itu.

Akibat terkena rolling thunder itu, pengadil terus tersungkur, dan dia pula yang KO. Semua yang berada di tepi gelanggang itu terkejut dan terus membantu Manhardt.

Namun apa yang menarik, Mandhart disahkan cergas untuk meneruskan pengadilan pertarungan itu. Mereka turut memuji tahap kecergasan pengadil MMA tersebut yang dianggap luar biasa.

Bukan mudah untuk seseorang yang baru menerima gerakan pemusnah rolling thunder itu untuk meneruskan kerja dan kehidupan mereka seperti biasa pada hari yang sama.

Dalam keputusan akhir, Gonzalez tewas di tangan Byrne dengan kiraan mata. Sekaligus pertarung Mexico itu gagal ke final.

Peminat MMA bagaimanapun menganggap submission yang cuba dilakukan Gonzalez itu sebagai clean strike walaupun terkena kepada orang yang salah.

Ini kerana menurut pakar MMA, rolling thunder merupakan gerakan pemusnah yang paling sukar untuk dilakukan.

Saksikan detik itu di sini:

Pada 2019, Davy Gallon pernah memenangi pertarungan dengan KO menerusi teknik rolling thunder ini berdepan dengan veteran UFC – Ross Pearson.

Pengulas pertarungan sangat terkejut dan teruja melihat petarung dari Perancis itu melakukan teknik itu dengan sempurna pada pusingan ketiga.

Adakah korang setuju bahawa rolling thunder ini teknik paling sukar dan antara yang paling mengerikan impaknya?

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi