Pemain Asal Papua Ini Tak Malu Jadi Tukang Kebun Ketika Covid, Malah Bangga Dan Ada Kepuasan Tersendiri

Sejak pertandingan dihentikan pada bulan Mac 2020, pemain tengah Persebaya Surabaya, Ricky Kambuaya telah memilih untuk pulang ke kampung halamannya, Sorong, Papua Barat.

Selama empat bulan itu, dia melakukan banyak aktiviti lain.

Salah satu aktiviti barunya di tengah wabak ini adalah berkebun. Keluarganya memiliki sebidang tanah berhampiran rumah, yang biasanya dijadikan taman beriadah keluarga.

Namun dengan kesempatan yang ada Ricky akhirnya memutuskan untuk mengusahakan tanah itu dengan berkebun.

Ricky tidak pasti dengan nasibnya selepas covid. Sebab beliau tahu ramai pemain terpaksa ditamatkan kontrak ataupun tak mendapat gaji.

Malah sebelum ini Liga 1 sudah mencadangkan agar kesemua pemain dan jurulatih wajib menerima pemotongan gaji.

Pada beberapa bulan lalu, Ricky tak tahu sama ada beliau akan beraksi lagi di dalam padang musim ini. Segalanya serba misteri.

Oleh itu beliau memutuskan untuk melakukan aktiviti berfaedah.

Dengan mengusahakan kebun, Ricky menyatakan beliau bukan sahaja melakukan aktiviti sihat, malah mendapat banyak manfaat lain.

Salah satu daripadanya adalah tidak perlu membeli sayur di pasar dan ianya boleh menjimatkan perbelanjaan.

Selain itu beliau bangga dapat menghasilkan makanan yang boleh dimakan keluarganya. Ricky berkongsi perasaan dia lain macam sikit gembiranya apabila berjaya menghasilkan makanan.

Ianya kepuasan tersendiri menurut beliau. Hanya seorang tukang kebun sahaja yang faham perasaan itu. Beliau juga gembira kerana pada masa itulah beliau dapat meluangkan masa dengan keluarganya.

“Saya suka berkebun, bangun pagi dan sarapan segera memegang alat kebun. Buat masa ini, saya merasa lebih biasa dengan kapak, parang, cangkul untuk berkebun daripada dengan kasut bola sepak,” kata Ricky.

Aktiviti ini juga dapat menjadikan Ricky lebih cergas kerana berkebun juga memerlukan banyak tenaga.

Selain itu, bekas pemain PSS Sleman itu juga menjaga keadaan kecergasannya dengan menjalani latihan fizikal. Ricky juga sibuk dengan pengubahsuaian rumahnya.

Ricky mahu mengalihkan dirinya daripada cara hidup yang kurang sihat seperti tidur berlebihan ataupun makan berlebihan.

“Sekarang ada lebih banyak aktiviti di sekitar rumah, mengurus keadaan dan menghabiskan waktu bersama keluarga. Kegiatan yang dilakukan selain menjaga keadaan adalah memantau rumah saya yang kini dalam pembinaan,” kata pemain Persebaya Surabaya.

Ricky cukup bernasib baik untuk tinggal di Papua Barat. Wilayah ini adalah kawasan zon hijau dengan jumlah kes Covid-19 yang rendah. Setakat ini, terdapat 551 kes yang disahkan, dengan 362 pesakit pulih, dan 6 kematian.

Berita mengenai kesinambungan pertandingan Shopee Liga 1 2020 mulai 1 Oktober masih membuat Ricky ingin kembali ke Surabaya tidak lama lagi.

Berita itu menggembirakan beliau. Kerana beliau tahu khidmatnya masih diperlukan dan liga bola sepak akan disambung.

Maklum, dia sudah lama tidak bertemu dengan penggawa Persebaya yang lain.

“Sejujurnya, saya merindui semua keluarga Persebaya dan yang paling saya rindukan adalah saudara Patrich (Wanggai). Kerana abang Patrich adalah yang paling dekat dan suka bergurau dengan saya, ”kata Ricky Kambuaya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di