Pembida Manchester United Kutuk Glazer Dalam Mengendalikan Penjualan Kelab

Billionaire dari Finland, Thomas Zilliacus antara individu yang membida hak membeli kelab Man United daripada Glazer.

Namun dia memutuskan untuk tidak meneruskan proses itu, kerana dia sangat kecewa dengan cara Glazer mengendalikan proses penjualan kelab itu sebagai huru hara.

Glazer memutuskan kini cuma 2 calon tinggal iaitu Sheikh Jassim menerusi Yayasan 92  dan Sir Jim Ratcliffe.

Zilliacus tidak mahu melepaskan peluang mengutuk Glazer sebagai hanya bermain main dalam proses itu membuatkan dia sangat kecewa dan menyampah.

Zilliacus menghantar bidaaanya pada Mac. Dia memiliki syarikat XXI Century Capital. Dalam kertas cadangannya, dia sedia untuk memberikan sebahagian kecil saham kepada peminat United.

Namun bidaannya ditolak. Salah satu sebabnya, dia mahu menghapuskan terus saham Glazer dalam Man United.

Sheikh Jassim turut mahu melakukan perkara sama. Namun kekal dalam persaingan kerana Sheikh Jassim menawarkan bidaan sangat tinggi, walaupun Glazer berharap bayaran lebih tinggi akan mereka dapat.

Selepas 7 bulan daripada tarikh kelab itu diiklankan untuk dijual, masih lagi ianya tidak selesai dan Glazer masih berkuasa.

Malah Telegraph melaporkan, berdasarkan proses semasa, paling awal pun Man United akan berpindah milik adalah pertengahan Ogos.

Tindakan Glazer melengahkan penjualan itu dikhuatiri akan menjejaskan urusan jual beli pemain di jendela perpindahan.

Lantas Zilliacus melabel proses penjualan itu sangat huru hara dan tak terurus.

“Berapa bulan lagi kita nak disajikan dengan berita, penjualan Manchester United? Ini sudah menjadi salah satu proses penjualan kelab paling huru hara dalam sejarah.”

“Saya tak pernah melihat organisasi yang gagal membuat keputusan seteruk ini dalam sejarah.”

Peminat Man United sudah merancang akan mengadakan protes ke atas Glazer jika mereka berterusan gagal membuat kata putus dalam isu penjualan kelab.

Rata rata peminat mahu Glazer berambus dan menjual segera kelab itu.

Sheikh Jassim setakat ini sudah menghantar beberapa bidaan.Dan paling tinggi dilaporkan sekitar £5 billion. Namun Glazer berharap mereka mendapat £6 billion. Angka itu dianggap Sheikh Jassim sebagai melampau.

Glazer malah membayangkan mereka sedia terus menjadi pemilik Man United jika tanda harga mereka tidak dipenuhi.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu