Pemilik Chelsea Gesa EPL Belajar Dari Amerika: “Adakan Perlawanan All Star Selatan vs Utara”

Pemilik Chelsea, Todd Boehly mahu mengadakan perlawanan All Star Liga Perdana Inggeris antara pasukan Utara vs Selatan, untuk meningkatkan lagi pendapatan piramid bola sepak.

Sejak dia menjadi pemilik kelab Stamford Bridge, ahli perniagaan Amerika Boehly telah kerapkali menjadi tajuk utama.

Dia membelanjakan sekitar £260 juta pada jendela perpindahan pertamanya selepas membawa masuk pemain seperti Raheem Sterling, Kalidou Koulibaly dan Pierre Emerick Aubameyang.

Boehly kemudian mengejutkan bola sepak Inggeris dengan memecat pengurus Thomas Tuchel selepas hanya enam perlawanan Liga Perdana, Menggantikan pengurus Jerman itu dengan sasaran utamanya untuk rancangannya untuk kelab itu, Graham Potter.

Nampaknya dia tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan berehat. Kerana dia sedang merancang perubahan selanjutnya kepada bola sepak Inggeris.

Bercakap semasa persidangan SALT, dia mencadangkan perlawanan perlawanan play off untuk menentukan siapa yang turun dan siapa yang kekal dalam Liga Perdana Inggeris selepas ini.

Konsep yang digunakan untuk menaikkan pasukan Liga Kejuaraan ke Liga Perdana Inggeris selain daripada juara Liga Kejuaraan.

Usahawan Amerika itu juga mendakwa bahawa liga itu rugi banyak dari segi ekonomi kerana tidak mempunyai perlawanan semua bintang / all star, seperti NBA dan MLB.

Boehly berkata: “Akhirnya saya berharap Liga Perdana mengambil sedikit pengajaran daripada sukan Amerika dan benar-benar mula memikirkan, ‘Mengapa kita tidak mengadakan pertandingan [play off] di antara empat pasukan terbawah? Kenapa tidak ada permainan yang bertaraf bintang?’

“Orang ramai bercakap tentang lebih banyak wang untuk piramid… permainan MLB All Star di Los Angeles tahun ini menghasilkan $200 juta [£173 juta] dari hari Isnin dan Selasa.”

“Anda boleh melakukan perlawanan bintang-bintang Utara vs Selatan dalam Liga Perdana Inggeris dan membiayai apa sahaja yang diperlukan oleh piramid bola sepak dengan mudah.”

Dia menambah: “Semua orang suka idea untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan untuk liga.”

“Ada aspek budaya yang nyata dan evolusi akan datang. Perkara yang menarik tentang Liga Perdana ialah anda memiliki hak penyiaran di seluruh dunia.”

Jika pertembungan Utara vs Selatan diteruskan, ia boleh menjana perhatian besar kerana peminat akan berminat untuk melihat pemain mana yang akan berada dalam senarai tertinggi.

Boehly juga menyatakan bahawa dia ingin menambah portfolio bola sepaknya.

Dia berkata: “Kami tidak mengharapkan untuk menjadi pakar bola sepak untuk mencari bakat terbaik, kami akan meletakkan orang itu di tempatnya.”

“Kami telah bercakap tentang mempunyai model berbilang kelab – saya ingin membina jejak itu.”

Dalam forum yang sama Todd Boehly mendedahkan bahawa Chelsea memiliki akademi yang terbaik, antara yang terbaik di dunia.

Dia turut memberikan contoh beberapa pemain yang dilahirkan daripada sistem akademi mereka.

Todd Boehly kemudian mengklaim Kevin De Bruyne dan Mohamed Salah sebagai antara dua nama yang dibangunkan oleh akademi Chelsea.

Boehly berkata: “Kita memiliki salah sebuah akademi terbaik di dunia. Produk akademi kita ialah Mo Salah, Kevin De Buryne, Tammy Abraham, Reece Hames, Mason Mount, Trevor Chalobah.”

Mohamed Salah dan De Bruyne menjadi bakat elit pada peak mereka. Kedua duanya merupakan antara pemain terbaik di dunia pada posisi mereka bermain.

Seterusnya nama seperti Mason Mount dan Reece James menjadi nadi penting Chelsea ketika kelab itu memenangi UCL beberapa tahun lalu. Jadi tidak hairanlah Todd Boehly berbangga dengan  sistem akademi mereka,

Tetapi seperkara yang pasti, Mo Salah dan De Bruyne bukan graduan akademi Chelsea.

Mungkin Todd Boehly agak keliru dengan status Mohamed Salah dan Kevin De Bruyne. Dua pemain tersebut bukan dari akademi Chelsea atau ditandatangani oleh akademi mereka. Sebaliknya De Bruyne dan Mo Salah sudah mendapat debut profesional di kelab lain sebelum dibeli Chelsea.

Kedua dua pemain tersebut masih muda ketika menyertai Chelsea, pada awal usia 20-an.

Baca yang lain