Peminat Di India Kecewa Kena ‘Game’ PUBG Yang Berjanji Keluarkan Versi India Secepat Mungkin

Ketika PUBG diumumkan diharamkan di India pada September tahun lalu, ianya telah membuatkan ramai peminat PUBG di India kecewa.

Bukan sahaja PUBG Mobile, malah versi PUBG Mobile Lite pun kena ‘banned’ bersama sama dengan sejumlah 116 aplikasi dari China yang lain – diisytiharkan kerajaan sebagai haram di negara mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India dengan menggunakan bidang kuasanya di bawah Seksyen 69A Akta Teknologi Maklumat.

PUBG Corporation kemudian berikrar akan membawa balik PUBG Mobile ke India secepat mungkin. PUBG jelas sekali tak rela kehilangan pemain dari India yang sangat ramai.

Kegilaan orang India ke atas PUBG memang sukar untuk dibayangkan. Menurut data oleh Sensor Tower 24% daripada 600 juta muat turun PUBGM pada hari ini adalah dari India.

Itu bermakna ada kira kira sekitar 144 juta pemain PUBG Mobile yang ada di India.

Oleh itu syarikat PUBG dari Korea Selatan itu telah menyatakan bahawa berpisah dengan Tencent Games pada 8 September untuk hak pelesenan di India.

PUBG berjaya mengelak daripada kena ban lebih awal dengan mengemaskini polisi terbaru mereka menyatakan kesemua data pemain PUBG di India akan disimpan di India.

PUBG ceraikan Tencent di India

PUBG Corporation kemudian dilaporkan sedang mencari rakan baharu India untuk membawa permainan ini kembali ke India.

Ianya selepas syarikat dari Korea Selatan mengumumkan bahawa mereka tidak lagi mengizinkan francais PUBG Mobile Indian dikendalikan oleh Tencent Games China.

PUBG Corporation mencari rakan India untuk mengendalikan pengedaran PUBG Mobile.

Berdasarkan laporan tersebut, perjanjian lesen baru sedang diusahakan dengan firma permainan India dalam usaha untuk mengembalikan permainan ke India.

Seorang pegawai kanan kerajaan memberitahu:

“Kepemilikan hanyalah salah satu masalah. Tetapi ada beberapa masalah lain, berdasarkan larangan yang diperintahkan. Kekhuatiran tersebut berkaitan dengan privasi data, keamanan, aktiviti lain di dalam telepon, serta banyak lagi perkara lain berkaitan.”

Laporan oleh Mint juga menambah bahawa setelah larangan itu, pemerintah telah mengajukan lebih dari 70 pertanyaan kepada PUBG Mobile, yang harus dijelaskan oleh pihak ketiga dalam masa tiga minggu.

PUBG Corporation akan mengekalkan hak penerbitan permainan sementara rakan India akan menguruskan pengedarannya.

Namun, tidak jelas sama ada kontrak atau perjanjian dengan syarikat tempatan akan membantu permainan paling popular di negara tersebut kembali ke India.

Terdapat juga khabar angin mengenai Jio akan masuk dan mengambil alih lesen PUBG Mobile di India.  Tidak lama selepas itu PUBG membuat kenyataan bahawa mereka mengeluarkan versi PUBG versi India.

Malah laman rasmi PUBGM India turut memuat naik poster dengan kapsyen: “Akan datang”

Tetapi semua proses tersebut dilihat  masih belum menunjukkan petanda bahawa PUBG India akan menemui peminat mereka.

Peminat kecewa janji tidak ditepati

Para peminat PUBGM di India juga  sangat kecewa kerana mereka mahu merasai sendiri kemaskini permainan itu, misalnya dari segi Power Arm, Power Vest, Power Leg. Power Armor mode yang boleh dinikmati di peta Livik.

Selepas 3 bulan pengumuman oleh PUBGM, para peminat masih tidak melihat bahawa permainan itu akan kembali menemui mereka di India. Mereka kini memenuhi ruangan media sosial PUBGM dan terus bertanya tentang pelancaran rasmi PUBGM India.

Buat masa ini, tiada tanda tanda kerajaan India memberikan kebenaran kepada PUBGM untuk beroperasi sekali lagi di India.

Namun pihak PUBGM dilaporkan masih optimistik bahawa versi PUBGM India akan direalisasikan.

Apa yang pasti para peminat sangat kecewa dengan PUBG yang menurut mereka telah mempermainkan perasaan mereka.

Ada yang meminta PUBGM memberikan mereka petunjuk tentang apa yang berlaku.

Adapun yang ada kini, permainan ala PUBG iaitu FAU G baru sahaja dilancarkan. Itupun ramai yang tak puas hati kerana tidak menepati versi battle royale yang mereka mahukan.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.