Peminat Newcastle Cadang Kelab Guna Kelompongan Ini Untuk Membolehkan Nick Pope Beraksi

Peminat Newcastle United berpendapat mereka telah menemui kelompongan yang membolehkan Nick Pope bermain di final Piala Carabao Ahad ini.

Pope telah menerima salah satu kad merah paling mudah untuk diberikan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, ketika Newcastle tewas kepada Liverpool pada petang Sabtu.

Penjaga gol itu, yang berada dalam prestasi baik musim ini, keluar dari kotak penalti untuk menanduk bola panjang yang diancam Mohamed Salah namun dia gagal dan kemudian menahan bola dengan tangannya.

Ini bermakna dia digantung satu perlawanan dan, malangnya baginya, perlawanan seterusnya pasukan itu adalah final utama pertama mereka sejak 1999, apabila mereka menentang Manchester United dalam Piala Carabao di Wembley.

Gary Lineker secara pelik menggesa bekas pemain nombor satu Burnley itu dibenarkan bermain, atas apa yang nampaknya tiada sebab lain selain dia berasa kasihan kepada Pope.

Dan kini peminat Newcastle berharap mereka telah menemui kelemahan untuk memastikan ia berlaku, walaupun ia terasa agak jauh.

“Blyth [Spartans] bermain esok dan Sabtu,” tulis seorang peminat menerusi media sosial.

“Susun semula perlawanan untuk malam Rabu. Penjaga gol utama semuanya mengalami ketegangan otot.”

“Hantar Nick Pope dengan pinjaman kecemasan. Dan dia akan menjalani penggantungan 3 perlawanannya. Kemudian tamatkan pinjaman itu pada malam Sabtu. Kerja selesai.”

Peminat itu kemudiannya menjelaskan bahawa ia hanya satu perlawanan, jadi senang sikit kerja.

“Saya telah belajar, ia hanya larangan 1 perlawanan dan Blyth masih boleh menandatangani pemain, jadi tak perlu membuat pinjaman kecemasan. Mari selesaikan perkara ini.”

Sebenarnya Liga Inggeris ada satu peraturan khas di mana semua kelab berhak membuat penandatanganan kecemasan untuk penjaga gol, sekiranya kesemua penjaga gol dalam pasukan utama mereka cederan.

Penandatanganan ini boleh dibuat pada bila bila masa. Dengan penilaian daripada panel dan nasihat pakar perubatan.

Blyth bermain di National League North, peringkat keenam bola sepak Inggeris, dan berpangkalan hanya 15 batu dari St James’ Park.

Mereka bermain Bradford Park Avenue pada malam Isnin dan AFC Telford pada hari Sabtu, jadi Pope boleh ‘menjalankan’ penggantungannya semasa salah satu perlawanan itu – jika idea itu dilaksanakan.

Nampak mengarut, namun siapa tahu akan ada pasukan yang benar benar memanfaatkan kelompongan ini pada masa akan datang.

Lihat sahaja bagaimana Chelsea memanfaatkan kelompongan peraturan Liga Inggeris yang membenarkan kelab menandatangani pemain lebih 5 tahun. Mereka dengan selamber membelanjakan ratusan juta tanpa diganggu FFP kerana bayaran dikira pecahan tahunan.

Sudah tentu, perkara itu pasti tidak akan berlaku untuk Newcastle, dengan Eddie Howe sudah mengesahkan dia yakin dengan Loris Karius yang mungkin berada di gawang.

Penampilan terakhir penjaga gol itu untuk pasukan Inggeris adalah semasa final Liga Juara-Juara 2018, apabila dia melakukan dua kesilapan besar ketika Liverpool tewas kepada Real Madrid. Dia juga tidak bermain perlawanan kompetitif dalam dua tahun.

Ada juga peminat menyatakan: “Jangan bermain dengan takdir, ada sebab Karius telah terpilih untuk bermain.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di