Peminat Terkejut Bale Diberikan No.50, Asensio Kekal Pemilik No.11?

Peminat Real Madrid terkejut melihat Gareth Bale diberikan no.50 oleh kelab ketika aksi pra musim berdepan dengan AC Milan.

Biasanya nombor itu diberikan kepada pemain muda yang menyertai pasukan utama sama ada dalam aksi pra musim atau aksi sebenar.

Bale boleh dikira sebagai bintang nama besar dalam Real Madrid. Dan ianya agak mengejutkan kerana Bale diberikan nombor itu.

Walaupun masih belum pasti berapa nombor rasmi Bale, namun peminat menganggap tindakan kelab sebagai agak biadap ke atas pemain yang membantu mereka memenangi 4 UCL dalam sejarah.

Musim lalu, ketika Bale dipinjamkan ke Spurs, Real Madrid telah memberikan nombor 11 kepada Marco Asensio. Adakah pemain itu akan terus mengekalkan nombor tersebut?

Ramai peminat meminta Asensio menyerahkan kembali nombor itu dengan segera.

Aksi berdepan dengan AC Milan menandakan kepulangan rasmi Bale ke pangkuan Real Madrid selepas dikaitkan dengan pelbagai spekulasi masa depannya.

Kehadiran Ancelotti dianggap akan membantu menaikkan semula prestasi Bale dan kepentingan peranan beliau di dalam pasukan.

Dalam aksi tersebut, Bale turut gagal menyempurnakan sepakan penalti. Tugasan itu sebelum ini milik Ronaldo dan juga Sergio Ramos ketika Bale ada dalam pasukan.

Namun begitu, secara keseluruhannya, aksi Bale boleh dikatakan sangat baik untuk aksi ini. Beliau memberikan banyak ancaman kepada lawannya.

 

Real Madrid sangat dominan dalam aksi kali ini. Melakukan 17 percubaan ke arah gol berbanding 5 sahaja oleh Milan. Namun sayangnya, Real Madrid agak tumpul di hadapan gol di sebalik peluang yang banyak itu.

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kontroversi Bale

Bale pernah membuat kontroversi dengan menyatakan bahawa keutamaan beliau adalah Wales, diikuti golf dan kemudian Madrid.

Itu yang membuatkan nama Bale mulai kurang disenangi segelintir peminat Madrid yang menganggap Bale hanya menjadikan mereka lubuk duit.

Musim lalu, Bale membuat kenyataan kontroversi ke atas Spurs, ketika ditanya adakah beliau mahu kekal terus di Spurs selepas tempoh pinjamannya tamat.

Bale menjawab: “Tidak! Saya akan kembali ke Real Madrid. Saya datang ke sini untuk mendapatkan kecergasan saya menjelang EURO.”

Selain itu, David Alaba rasminya menjadi pemilik jersi no.4 yang sinonim dengan legenda kelab, Sergio Ramos.

Sebelum ini Bale menjadi pemain yang kurang digemari oleh Zidane. Bale juga seorang pemain yang dikenali dengan hobinya suka bermain golf.

Zidane dikatakan tidak gembira dengan cara Bale dalam menguruskan karier dan kehidupan di luar padang.

Kini Bale dikaitkan dengan berita bakal kehilangan jersi no.11 kepada Marco Asensio. No.11 merupakan jersi kegemaran Bale. Dan beliau sendiri memiliki jenama Gareth Bale 11.

Bale antara penerima gaji tertinggi di Eropah ketika ini dengan pendapatan sekitar €30 juta semusim.

Gaji yang tinggi membuatkan Real Madrid sukar menjualnya kerana Bale tidak mahu mengurangkan gajinya. Ketika dipinjamkan ke Spurs, Real Madrid telah membayar sebahagian daripada gajinya.

Real Madrid turut menanggung hutang yang tinggi ketika ini. Mereka pastinya akan cuba memujuk Bale menerima pengurangan gaji.

Kontrak semasa Bale tingga setahun sahaja lagi dan akan berakhir musim panas 2022.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di