Pencinta Kucing Kecam Pemilik Kucing Paling Gemuk Sebagai Menganiaya Binatang

Seorang pemilik kucing yang dianggap kucing paling gemuk – tak pastilah di dunia – tapi setakat ni di internet, kucing dialah paling popular dan paling gemuk.

Kucing yang bernama Liznya itu memiliki 9,000 pengikut di Instagram.

Namun semakin ramai pengikut, kehidupan pemilik kucing itu berubah serta merta. Daripada berniat nak berkongsi gambar kucingnya yang gemuk itu sebagai comel ianya berubah kepada konteks lain. Di mana dia mulai dituduh menyeksa dan menganiayai binatang.

Sebenarnya perkara biasalah pemilik kucing share gambar si bulus mereka yang gemuk kan? Sebab tu pemilik Liznya awalnya tidak rasa ianya akan menjadi isu.

Kucing bernama Liznya menerima pengikut yang ramai kerana menurut mereka kucing itu ternyata kucing yang sangat kuat, dapat meneruskan hidup dengan obesiti. Mereka menjadi follower kerana mahu memastikan Liznya ok dan tidak terus diseksa.

Netizen pencinta kucing kemudian mengecam pemilik kucing tersebut termasuk dengan troll. Mereka menuduh tuan kucing itu sebagai penyeksa binatang kerana memberikan Liznya makan berlebihan sehingga gemuk melampau.

Tuan kucing yang berasal dari Rusia kemudian membidas kembali cacian yang dia terima termasuk ugutan bunuh sebagai: “Sedih nak membaca komen dari netizen.”

Pemilik kucing itu menulis di akaun media sosialnya: “Ada orang menulis komen sesuka hati mereka. Boleh ke kamu bayangkan? Dia [kucing bernama Liznya] akan menolak untuk makan makanan yang lain daripada makanan yang dia makan seperti biasa.”

“Iya, benar, kucing kami mulai menjadi semakin gemuk selepas mengandung. Namun kami tidak boleh menyatakan bahawa ini adalah alasan utama dia menjadi obes.”

“Apa yang pasti, dia semakin cepat gemuk sejak dia mengandung dan lepas bersalin, ianya menjadi lebih cepat.”

Pemilik kucing itu kemudian berkongsi cara dia memberikan makan kepada kucing tersebut. Dengan hanya memberikan 29g makanan diet kepadanya. Dia juga menjelaskan bahawa, Liznya beberapa kali dihantar ke klinik haiwan dan itulah makanan yang dicadangkan doktor haiwan kepadanya.

Tuan kucing itu kemudian mengecam netizen yang melampau sampai menghantar ugutan bunuh ke atas mereka hanya kerana membiarkan kucing mereka gemuk dan tak mampu berjalan kerana berat badan melampau.

“Dia dah jumpa doktor haiwan beberapa kali dan sudah menukar dietnya sudah beberapa kami.”

“Sekarang ini berat badannya tidak bertambah lagi kerana diet semasanya. Namun masih ada masalah untuk mengurangkan berat badannya.”

“Kami taklah cakap kami jumpa doktor haiwan terlalu kerap tetapi kami akan melakukannya jika perlu.”

“Kami tidak menyokong sebarang penganiayaan ke atas haiwan dan tidak ok sebenanrya untuk korang mengancam nyawa pemilik kucing.”

“Kami juga nak cakap yang kucing kami lebih kurus berbanding dengan dia pada 2020 lalu. Ya benar, namun sekarang ni berat badannya dah tak bertambah lagi. Lihatlah sendiri gambar lama dengan yang baru ini, bandingkanlah.”

“Dan ya, Liznya boleh berjalan, dan dia suka bermain kejar kejar. Kami setuju pandangan korang bahawa dia sepatutnya lebih aktif untuk mengurangkan lagi berat badannya.”

“Kalau korang masih tak percaya juga, kami tak boleh nak cakap apa, itu pandangan korang. Tetapi tolonglah, jangan menyebarkan berita palsu dan ‘mendoakan’ tuan kucing supaya mati.”

“Sangat sedih membaca mesej seperti ini.”

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu