Pencuri Jual Skrol Kaligrafi Bernilai RM1.25 Billion Hanya RM271, Kerana Ingat Ia Palsu

Di China, seorang pencuri telah menjual gulungan (scroll) kaligrafi Cina bernilai £230 juta (kira-kira RM1.25 billion) kepada seseorang dengan harga hanya £50 (kira-kira RM271).

Pencuri itu ingatkan dia baru sahaja mendapat untung yang besar ketika itu kerana merasakan kaligrafi itu adalah tidak berharga. Dia tak tahu pun nilai sebenar.

Namun sebenarnya dia baru sahaja menjual barangan yang boleh membuatkannya billionaire dengan harga terlalu rendah.

Polis sebelum ini melaporkan skrol kaligrafi dilaporkan milik bekas pemimpin China Mao Zedong, dan dianggarkan bernilai berbillion ringgit; ia dicuri bulan lalu di Hong Kong.

Mereka menangkap seorang lelaki berusia 49 tahun pada akhir September kerana disyaki menyimpan harta benda yang dicuri.

Skrol itu kemudian dipotong dua oleh pembeli tersebut yang merasakan ianya terlalu panjang. Selain daripada merasakan ianya baragan fake dan tidak berharga.

The South China Morning Post, seorang pembeli yang telah membelinya dengan harga RM271 dan percaya bahawa gulungan itu palsu dan dia hanya membeli untuk suka suka. Merasakan benda ‘fake’ itu nampak macam ‘real’ kalau dibuat perhiasan di rumahnya.

“Menurut penyelidikan kami, seseorang berpendapat bahawa kaligrafi terlalu panjang. Sukar untuk menunjukkannya, memamerkannya, dan itulah sebabnya ia dipotong menjadi separuh, ”kata Tony Ho, seorang pengawas kanan biro jenayah terancang polis, dalam satu sidang akhbar.

Nampaknya skrol itu adalah sebahagian daripada pencurian berjuta-juta dolar oleh tiga pencuri dari sebuah apartmen pemungut pada bulan September.

Kolektor barangan antik, Fu Chunxiao, berada di China pada masa itu. Kerana wabak itu dia tidak boleh balik ke Hong Kong sejak Januari.

Selain gulungan itu, pencuri itu mengambil 24,000 setem pos China, 10 duit syiling dan enam seni kaligrafi lain dari apartmen Fu.

Fu mendedahkan kaligrafi Mao miliknya itu bernilai kira-kira 230 juta pound/ RM1.25 billion.

Dan hasil kerugian yang beliau tanggung dariapda kecurian itu berjumlah kira-kira RM2.68 billion.

Hingga kini polis telah menahan tiga orang yang berkaitan dengan kes tersebut. Sebilangan besar barangan yang dicuri telah dijumpai, tetapi polis belum menemui 24,000 setem dan enam skrol kaligrafi yang lain.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari