Pengadil Poland Kecam Balik Penyokong Perancis Dengan Tunjuk Detik Gol Mbappe

Sebelum ini penyokong penyokong Perancis mengutuk pengadil dari Poland iaitu Simon Marchiniak kerana mutu pengadilan yang dianggap berat sebelah.

Penyokong Perancis malah melancarkan petisyen bantahan dan mahukan perlawanan final diadakan semula sebab pengadil dikatakan telah melakukan kesilapan besar dalam tiga gol Argentina.

Gol pertama Argentina dianggap daripada penalti yang tak sah. Kerana menurut penyokong Perancis Ousmane Dembele tidak melakukan kekasaran ke atas Angel Di Maria sehingga menyebabkan Argentina diberikan penalti yang kemudian disudahkan Lionel Messi.

Gol kedua pula didakwa berpunca daripada kekasaran oleh Christian Romero ke atas Kylian Mbappe. Namun pengadil meneruskan perlawanan dan gerakan itu disudahkan Angel Di Maria dengan gol cantik.

Ketika gol ketiga Argentina menerusi Lionel Messi, peminat Perancis merasakan gol itu tak sah kerana ada pemain simpanan Argentina yang sudah terlebih dahulu memasuki padang sebelum bola disumbat masuk oleh Lionel Messi.

Petisyen bantahan tersebut mendapat lebih 200 ribu tandatangan.

Pengadil Poland, Simon Marchiniak kemudian memberikan respon kepada kritikan ke atas gol ketiga Messi.

Dia menunjukkan detik di mana pemain pemain simpanan Perancis memasuki padang untuk meraikan gol Kylian Mbappe.

Ianya balasan kepada kritikan L’Equipe yang mengeluarkan hujah peraturan 3 perenggan 9 yang menyatakan bahawa gol harus dibatalkan jika ada gangguan daripada pemain simpanan berada di atas padang.

Marciniak memberikan respon dengan berkata: “Mereka tidak tunjukkan gambar ini pula? Di mana kamu sendiri boleh melihat ada 7 pemain simpanan Perancis berada atas padang ketika gol Mbappe.”

Marchiniak menyebut perkara itu dengan mengangkat telefon bimbitnya dan menunjukkan gambar tersebut.

Komen Marchiniak itu kemudian mengundang respon lebih panas daripada penyokong Perancis. Di mana mereka menyatakan ianya dua situasi berbeza. Untuk gol Messi, pemain berada di atas padang sebelum gol dilakukan.

Manakala gol Mbappe pula, pemain simpanan masuk meraikan gol ketika gol sudah disahkan.

Kemudian peminat Perancis meminta Marchiniak menjelaskan tentang penalti yang diberikan kepada Argentina. Di mana menurut mereka Angel Di Maria melebih lebih dalam reaksinya sedangkan Dembele tidak mengasarinya.

Baca yang lain