Pengurus Al Hilal Kecam Neymar

Jorge Jesus telah dituduh menggali kuburnya sendiri ketika dia membandingkan Neymar dengan Cristiano Ronaldo.

Pengurus Al Hilal itu tidak suka dengan etika kerja Neymar berbanding dengan CR7. Yang membezakan 2 pemain tersebut dalam karier mereka.

Neymar sebelum ini dicanang sebagai pencabar Messi dan Ronaldo untuk Ballon d’Or. Dan dianggap akan menggantikan dua pemain itu sebagai calon utama Ballon d’Or.

Malang sekali dalam kariernya, Neymar tak pernah menang Ballon d’Or. Sedangkan Messi ada 8 dan Ronaldo ada 5 keseluruhannya.

Jorge Jesus kini menguruskan Neymar di Al Hilal. Dipetik daripada laporan oleh Nicolas Villas, pengurus yang terkenal dengan mulut Diva AA itu telah mengecam pemainnya sendiri.

Menurut Jorge Jesus: “Neymar adalah pemain yang bertentangan dengan Cristiano Ronaldo.

“Cristiano Ronaldo lebih bersemangat dengan bola sepak dan menjadikan bola sepak sebagai keutamaannya.

“Sementara Neymar pula dia lebih bersemangat untuk benda lain, seperti kehidupan peribadi yang mewah dan menyeronokkan. Itu yang dia jadikan keutamaan.”

Kenyataan tersebut mengundang pandangan berbeza daripada netizen. Kerana sebelum ini Jorge Jesus memuji Neymar sebagai pemain sangat profesional dan berlatih bersungguh sungguh.

Dan mereka menganggap Jorge Jesus sengaja cari pasal. Neymar adalah bintang penting. Di mana pengurus itu mungkin turut bergantung kepada Neymar untuk mengekalkan jawatannya.

Beberapa bulan lalu, Presiden Brazil pernah mengecam Neymar dan memberitahu sebab utama Neymar tak dapat sebaris dengan Messi atau Ronaldo.

Presiden Brazil, Lula dengan terbuka mensasarkan kritikan ke atas Neymar yang menurutnya telah mengecewakan seluruh negaranya dalam kempen Piala Dunia 2022.

Lula terkilan kerana pada usia 36 tahun Messi masih mampu memenangi Ballon d’Or yang kelapan dalam kariernya dan membantu Argentina memenangi Piala Dunia. Sedangkan Neymar tiada satu pun.

Neymar pula tidak menepati aspirasi rakyat Brazil yang ramai menganggap dia idola. Di mana pada eranya, Brazil gagal memenangi sebarang edisi Piala Dunia. Termasuk kempen mengecewakan di Qatar 2022 yang lalu.

Presiden Brazil itu menyindir kehidupan di luar padang Neymar menjadi sebab utama kenapa pemain itu tidak pernah mencapai tahap yang Messi ada sekarang.

Neymar dikenali sebagai seorang yang suka berparti lewat malam dan suka bermain poker.

Lula berkata: “Seorang lelaki berusia 36 tahun, dia menjadi juara dunia dan menang Ballon d’Or tahunm ini.”

“Sementara itu ada seseorang [menyindir Neymar] yang sepatutnuya menjadi inspirasi kanak kanak di tv kemudian hilang entah ke mana. Berapa tahun sejak Brazil memiliki idola di atas padang sepertinya?,” tegas Lula merujuk kepada fenomena Neymar yang menjadi kegilaan anak muda di Brazil.

Gaya hidup Neymar dianggap tidak sihat dan membuatkan dia gagal mencapai potensi sebenarnya.

Lula kemudian menambah: “Jika kamu nak memenangi Ballon d’Or, kamu harus berdedikasi. Ianya tak akan berjaya dengan kehiudpan berparti dan kehidupan lewat malam kamu.”

Dan kini Neymar sudah menuju ke penghujung karier. Di mana baton telah bertukar kepada pemain seperti Haaland dan Mbappe.

Neymar kini masih berehat panjang kerana masalah kecederaan.

Dia menyertai Al Hilal dari PSG awal musim ini dengan rekod perpindahan Liga Pro Saudi sebanyak €90 juta.

Namun ketika dia tiba dia masih dalam proses pemulihan. Dia kembali beraksi tidak lama kemudian. Seterusnya berehat panjang sekali lagi kerana kecederaan yang menimpanya.

Al Hilal membayar gaji yang sangat besar untuk Neymar.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.