Pengurus Brighton Ikrar Kebangkitan Ahad Ini Lawan Arsenal

Roberto De Zerbi jelas kecewa dengan kekalahan memalukan pasukannya di tangan Everton yang bergelut dengan penyingkiran.

Everton menang besar 5-1 ke atas pencabar slot ke Eropah, Brighton, untuk membolehkan The Toffees keluar daripada 3 tercorot / zon penyingkiran.

Selepas tamat perlawanan De Zerbi menyatakan bahawa mereka akan bangkit pada Ahad ini menentang Arsenal.

Dan dia berjanji bahawa pasukannya akan mempamerkan aksi Brighton yang sebenar dalam perlawanan itu nanti.

Dalam aksi menentang Everton, De Zerbi merasakan pasukannya hilang identiti dan gagal bermain dengan DNA taktikal mereka.

Dipetik daripada sumber Chris Wheatley, Roberto De Zerbi dilaporkan berkata: “Saya rasa pada Ahad ini [menentang Arsenal], kami akan menunjukkan kualiti kami dan mengembalikan semula gaya permainan kami.”

“Kamu akan melihat Brighton yang sebenar [pada Ahad ini].”

Skuad bimbingan Mikel Arteta pastinya sedar bahawa mereka tidak boleh keciciran mata lagi. Kini mereka 1 mata di belakang Man City. Dengan City masih ada baki satu perlawanan dalam tangan berbanding Arsenal.

Namun Arsenal pastinya berharap City akan mendapat tekanan daripada aksi UCL yang bersambung semula minggu ini.

Di mana Man City akan berhadapan dengan Real Madrid.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta masih yakin bahawa pasukannya akan mampu menamatkan saingan musim ini sebagai juara Liga Perdana Inggeris.

Ini terutama sekali selepas kejayaan mereka menewaskan pasukan tanggan ketiga, Newcastle baru baru ini.

Arsenal kembali ke landasan kemenangan selepas beberapa kali keciciran mata.

Brighton kini berada di tangga ketujuh dan masih berusaha untuk memastikan mereka beraksi di pentas Eropah musim hadapan.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan