Pengurus Ini Bawa Mesin Kad ATM, Atasi Masalah ‘Lupa Keluar Duit’ Masa Tongtong

Bola sepak di peringkat komuniti ni macam macam ceritanya. Ini termasuk mereka yang bermain di liga komuniti ataupun bermain santai pada petang petang, hujung minggu dan sebagainya.

Salah satu perkara yang sering diamalkan adalah budaya tontong. Ye, sebab tidak semua orang boleh mendapatkan padang percuma terutama sekali di bandar.

Satu masalah yang sering berlaku ketika tontong ni adalah, ada yang dengan sengaja cuba mengelak. Budaya ni banyak kali berlaku di gelanggang futsal sekalipun.

Lepas main, terus balik awal. Di Rayleigh, Essex, seorang pengurus pasukan, Benjamin Short menyatakan dia sudah bosan dengan alasan para pemain yang selalu menyatakan mereka lupa ambik duit / keluarkan wang dari ATM.

Benjamin merupakan pengurus JK Silvertown FC. Beliau merasa kesian dengan segelintir pemain yang terpaksa menanggung kos setiap kali bermain bola sepak.

Mereka pasukan komuniti, jadi semua bayaran itu dibayar secara kolektif.

Lalu beliau telah menggunakan inisiatif membawa mesin pembaca kad ATM ke padang bola sepak.

Ini untuk menyelesaikan masalah pemain yang hanya membawa kad ATM ketika nak bermain bola.

Benjamin berkata: “Saya sudah muak mendengar alasan mereka ni, lalu saya mengambil keputusan untuk melaksanakan idea ini.”

“Saya tak suka menanggung kos dengan invois yang tinggi terbeban kepada saya, dengan para pemain lain memberikan alasan bodoh seperti ini.”

“Kita berlatih di padang sekolah yang kosnya agak mahal.”

Benjamin turut mengenakan bayaran kepada pemain yang mahu bermain dengan mereka musim ini sebanyak £30.

“Mereka yang tak ada bawak wang cash dalam wallet boleh terus leretkan kad mereka pada mesin ini.”

Benjamin menyatakan ada pemain yang pura pura miskin apabila diminta tongtong. Tapi dialah paling kaya di dalam pasukan.

“Ada seorang pemain kami, rasanya dia paling kaya dalam pasukan ini. Dia mengakui dia orang susah dan seolah olah dia kebuluran. Tapi masa datang ke latihan, dia membawa kereta berkilat, dan pakaian mahal.”

“Dia punya kedekut tu, tak tau nak cakap macamana. Tak pernah sekalipun belanja kitorang masa minum di pub.”

JK Silvertown, bermain di Essex Combination Sunday League, juga mengenakan denda kepada pemain yang melanggar peraturan dan kad kuning.

“Disiplin kami tak berapa bagus musim lalu. Bersepah kad kuning bhaii bebudak ni dapat, jadi dengan mesin kad ATM ni sangat memudahkan.”

Ditanya apakah kesalahan paling berat dilakukan di dalam pasukan mereka musim lalu.

Benjamin berkata: “Paling teruk, mamat dalam gambar ini, dia kantoi berjudi kat tepi padan [main kad]. Saya panggil dia Pogba Liga Ahad.”

“Dia ni, masa dia perform dia memang sangat bagus. Tapi apabila dia gagal menunjukkan aksi Pogba, maka kami selalu bergaduh macam anjing dan kucing.”

JK Silvertown menamatkan kempen musim lalu di tangga kedua, dan naik ke liga lebih tinggi.

“Kami cemerlang musim lalu. Sebelum ini kami juga juara liga. Kami turut memenangi Morfey Cup (Divisional Cup).”

Sumber: Sportsbible

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di