Mahkamah Britain Tambah Penjara Minimum Perogol Lelaki ‘Prolifik’ Dari Indonesia Ini Kepada 40 Tahun

Mahkamah Rayuan Britain memutuskan untuk menambah hukuman penjara minimum kepada Reynhard Sinaga kepada sekurang-kurangnya 40 tahun sebelum dia dapat mengajukan permohonan pembebasan.

Menjawab keputusan Mahkamah Rayuan, Polis Greater Manchester, Mabs Hussain berkata:

“Kami menyambut baik keputusan hari ini dan kami gembira bahawa Sinaga akan dipenjara selama 10 tahun lagi [berbanding 30 tahun sebelum ini].”

“Dari perbincangan dengan banyak mangsa, kami tahu bahawa banyak juga yang menyambut baik keputusan ini dan merasakan bahawa beratnya hukuman ini menggambarkan kekejaman terhadap jenayah yang dilakukan. ”

Pada 6 Januari, Reynhard, yang digelar polis sebagai “perogol paling bahaya dalam sejarah Britain,” dijatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun sebelum dapat memohon pembebasan.

Sinaga tersabit dengan 159 jenayah seksual terhadap 48 lelaki. Hakim Suzanne Goddard menggambarkan Reynhard sebagai “pemangsa seksual iblis” yang  tidak selamat untuk dibebaskan.

Namun, pada pertengahan Oktober, Peguam Negara UK memohon hukuman penjara seumur hidup atau larangan daripada memohon pembebasan dari Mahkamah Rayuan.

Pada masa itu, Peguam Negara Michael Ellis mengatakan kes rogol itu melibatkan “jenayah seksual yang serius.”

Dalam kesalahan jenayah – dari Januari 2015 hingga Jun 2017 – Reynhard mencari mangsanya di luar kelab malam, yang dibawa ke apartmennya, dibius dan diperkosa.

Modus operandi

Reynhard Sinaga akan membawa lelaki dari kelab malam ke rumahnya di Montana House, Princess Street, dan memperkosa mereka. The Guardian bagi gelaran Peter Pan kepada Reynhard. Rosak nama Peter Pan. Boleh mengamuk Ariel mendengarnya. Err….

Modus operandi Reynhard adalah dengan memberikan mangsanya dadah, kemudian memperkosa serta, merakam aksi tersebut. Dia ada kegilaan merakam dirinya sendiri.

Biasanya dia akan mengajak lelaki lelaki ini minum dahulu sikit sikit sebelum masuk tidur. Orang ingat dia ikhlas nak tumpangkan rumah. Sebab rumahnya dekat dengan kelab.

Keadaan rumah Sinaga ketika digeledah, ada air minuman yang digunakan mengumpan mangsa

Polis ada bukti yang cukup untuk mendakwa lelaki berusia 36 tahun itu.  Buat masa ini pihak pekdakwaan menyimpulkan Sinaga sebagai perogol yang paling prolifik di dalam sejarah Britain. Tiada lagi rekod sebanyak ini dicatatkan di UK.

Penghakiman ketika itu menolak hukuman mati. Sebaliknya meminta Sinaga menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 30 tahun.

Reynhard Sinaga,  yang berasal dari Jambi, Indonesia melakukan kesalahan dari Januari 2015 hingga Jun 2017.

Rakaman CCTV antara yang menjadi bahan bukti. Di mana Reynhard seringkali keluar daripada rumah pangsanya setiap malam untuk mencari mangsa.

Sinaga dalam keadaan bersedia

Dia akan pulang dengan membawa lelaki dalam keadaan mabuk dan khayal. Mangsa dia berusia sekitar 17 sehingga 30 tahun.

Laporan oleh BBC menyatakan, kebanyakan mangsanya dalam keadaan berdengkur ketika dirakamnya.

Dia mulai kantoi, apabila cubaannya untuk membius seorang mangsa tak menjadi. Mangsanya itu telah bertindak memukul Reynhard sehingga dia tak sedarkan diri.

Lelaki itu membuat laporan polis dan kes itu terbongkar. Ini kes yang sangat menggemparkan dunia.

Sinaga masuk hospital dan di situ, polis membuka telefonnya dan menemui banyak benda kurang senonoh.

Reynhard Sinaga adalah bekas graduan berhadapan dengan 4 perbicaraan berasingan. Hasil daripada siasatan awal, 136 daripada serangan seksual dilakukan Sinaga ini adalah rogol, 14 dikira cabul, dan satu lagi adalah serangan dengan memasukkan kelaminya. Eh babilah.

Hakim Suzanne Goddard, melabel Sinaga ni bukan Si Naga tetapi Syaitan dan binatang buas gila seks dan memburu mangsa di kalangan lelaki yang tak berdaya.

Lelaki yang menjadi mangsanya adalah lelaki yang baik dan hanya mahu menikmati ‘good night’ dengan kawan-kawan di kelab malam. Tetapi Sinaga memberikan mereka mimpi ngeri.

Keaadan bilik tidurnya sebelum makan penumbuk

Cilaker betul.

Lalu hakim menyatakan, Sinaga tidak boleh sama sekali dibenarkan berada di luar, dan perlu dipenjara. Hakim sudah menetapkan agar Sinaga dipenjara seumur hidup.

Kalau pun dia keluar suatu hari nanti, itu keputusan Jabatan Parol.

Cara dia melakukan aktiviti tak bermaruah itu sangat kejam sampai melibatkan bius agar mangsanya tidak tahu dan lupa apa yang telah berlaku.

Ramai yang ingat dia ni bukan binatang, kau tengok dia lari pun kepit.

Sinaga mempertahankan tindakannya dengan menyatakan semua hubungannya dengan lelaki dan aktiviti rakaman itu adalah atas dasar suka sama suka.

Dan dia memberitahu, yang tidur itu sebenarnya pura-pura tidur untuk rakaman.

Hakim mendapati hujah Sinaga adalah lemah. Malah polis menemui GHB yang merupakan dadah popular digunakan untuk melemahkan mangsa rogol.

Salah seorang mangsa Sinaga tampil di mahkamah dan berkata: “Si iblis ni menghancurkan sebahagian hidup saya. Saya berharap binatang macam dia ni tak akan keluar dari penjara dan dihumban ke neraka.”

“Saya sampai trauma dan tak dapat bangun serta malu nak keluar untuk hari tersebut.”

Ada ramai lagi mangsanya mengalami kesan trauma yang kuat termasuk gangguan mental. Dan ada yang merancang untuk membunuh diri.

Lalu Hakim Goddard menambah satu lagi gelaran kepada Sinaga iatu raksasa.

Mangsa terus bertambah

Polis Manchester meminta mangsa-mangsa yang lain tampil, jika ada.

Dalam pembelaannya, Reynhard menyatakan bahawa hubungan kelamin antara dia dan lelaki lelaki itu adalah atas persetujuan bersama – walaupun dalam video yang dirakamnya sendiri, mangsa dilihat sedang tidur dan tidak sedarkan diri.

Reynhard Sinaga hanya boleh memohon pembebasan setelah 40 tahun, meningkat 10 tahun daripada sebelumnya.

Tetapi hakim rayuan pada hari Jumaat menolak permintaan hukuman seumur hidup yang tidak pernah diterapkan pada kes-kes bukan pembunuhan.

Hukuman penjara seumur hidup tanpa denda minimum untuk permohonan pembebasan biasanya dijatuhkan kepada penjenayah yang disabitkan dengan kes pembunuhan serius, termasuk pembunuhan bersiri, penculikan kanak-kanak atau jenayah dengan motif keganasan.

Pendakwaraya sendiri menyatakan bahawa hukuman tambahan minimum 40 tahun adalah hukuman paling berat yang melibatkan kes bukan pembunuhan.

Sejak Reynhard dipenjara pada awal Januari, tambahan 23 mangsa lagi telah dikenal pasti.

Mabs Hussain mengatakan, “Sebagai hasil siasatan lanjut, para penyiasat percaya bahawa Sinaga melakukan jenayah seksual terhadap 206 lelaki.”

“Kami masih belum mengenal pasti kira-kira 60 lelaki lagi dan menyeru sesiapa yang merasakan mereka menjadi mangsa untuk menghubungi kami,” kata Hussain.

Pada bulan Januari, polis menganggarkan mangsa Reynhard pada 195 dan jumlahnya, lebih daripada 70 masih belum dapat dikenal pasti.

Daripada 23 mangsa yang baru, 12 daripadanya telah dikenalpasti sementara 11 yang lain belum.

Pada pertengahan Oktober, Pejabat Peguam Negara merujuk semula kes Reynhard dan Joseph McCann,

Tuntutan hukuman penjara seumur hidup ke atas perogol di hadapan Mahkamah Rayuan adalah yang pertama untuk kes selain kes pembunuhan kejam.

Mahkamah Rayuan mengatakan para hakim setuju bahawa hukuman seumur hidup “tidak hanya terbatas pada” kes pembunuhan yang serius.

Tetapi Mahkamah Rayuan turut mengatakan bahawa kejahatan yang dilakukan oleh Reynhard dan McCann adalah tidak sesuai dengan menerima hukuman penjara seumur hidup.

McCann juga perogol, dan dia merogol 11 perempuan dan salah seorang daripadanya adalah kanak kanak. Dia melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sedang dalam pengaruh k0kain dan juga vodka selama 15 hari. McCann dijatuhi hukuman penjara minimum 33 tahun.

Hakim menambah: “Ini bukannya bermaksud kami menafikan jenayah kejahatan itu – melainkan hanya untuk memastikan bahawa hukuman yang paling berat di bidang kuasa kita diperuntukkan untuk kes-kes yang paling serius yang melibatkan kehilangan nyawa, atau ketika plot pembunuhan dengan jenayah serius seumpamanya dicegah.”

Pendakwaraya di pejabat Peguam Negara Michael Ellis mengatakan setelah keputusan itu, “Kedua-dua banduan melakukan serangan seksual paling keji dan jijik yang mengejutkan negara.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di