Penyokong Bayern Bantah Harga Tiket: ‘€70? Kau Ingat Kami Neymar? F* PSG’

Penyokong Bayern telah melakukan protes kepada PSG kerana harga tiket dikenakan ke atas mereka terlalu tinggi.

Aksi UCL disambung semula untuk pusingan 16 akhir bagi aksi pertama. PSG dan Bayern bertemu di Parc Des Princes dalam aksi yang dianggap perlawanan tumpuan utama.

Namun pengokong Bayern ternyata menggunakan peluang yang ada untuk menyatakan bantahan kepada PSG berikutan harga tiket yang tidak munasabah.

Menurut laporan penyokong Bayern yang bertandang ke Paris diminta membayar harga bermuka €70 untuk sekeping tiket bersamaan RM329.20.

Kedudukan penyokong Bayern juga dianggap tidak strategik dan sukar untuk melihat aksi di atas padang dengan jelas untuk bayaran sebanyak itu.

Maka mereka merasakan tempat yang diberikan kepada mereka tidak berbaloi dibayar €20 (RM94) sekalipun.

Mereka sebenarnya membandingkan harga tiket itu dengan nilai yang dibayar peminat Bayern yang mendaftar menjadi ahli kelab. Di mana ahli kelab hanya membayar €20 untuk harga tiket biasa dan ianya jauh lebih berbaloi daripada apa yang mereka dapat di Parc Des Princes.

Dalam aksi di atas padang, Bayern Munich berjaya menang ke atas PSG dengan skor 1-0.

Bekas pemain PSG yang dilepaskan secara percuma, Kingsley Coman menjadi penjaring gol tunggal dalam perlawanan tersebut.

Baca yang lain