Penyokong Brighton Ini Terlepas Detik Gol Kemenangan Maupay Kerana Tertidur

Neil Maupay menjadi watak utama dalam aksi Brighton menentang Arsenal.

Beliau terlibat dalam kontroversi yang dituduh oleh pemain Arsenal sebagai sengaja mahu mencederakan Leno.

Leno yang bengang dengan Maupay telah memaki pemain tersebut ketika dikeluarkan kerana kecederaan.

https://twitter.com/i/status/1274352197883572224

Namun Maupay menafikan perkara itu dan memberitahu dia sudah bertemu Arteta ketika rehat separuh masa.

Maupay meminta maaf serta menyatakan dia tak pernah berniat mahu mencederakan pemain lain ketika di atas padang.

Maupay kemudian menjadi wira kemenangan pasukannya – sekali lagi – ke atas Arsenal.

Arsenal terlebih dahulu mendahului menerusi gol oleh Nicolas Pepe. Namun dibalas oleh Lewis Dunk.

Pada masa kecederaan Neil Maupay telah menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan separuh masa kedua. Maupay melakukan satu percubaan jahat menewaskan Emi Martinez.

https://twitter.com/i/status/1274372066037452801

Satu detik kelakar di mana terpapar seorang penyokong Brighton terlelap dan tertidur ketika yang lain meraikan gol tersebut. Beliau baru sahaja terlepas salah satu momen penting.

 

https://twitter.com/i/status/1274374776581210115

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 oleh Brighton. Dan menjadikan Arsenal terus mencatatkan satu lagi kekalahan. Mensia siakan peluang untuk memintas Spurs.

Brighton pula mendapat keputusan yang sangat baik dalam usaha mereka terus menjauhi zon penyingkiran.

Baca yang lain