Penyokong Ini Kongsi Cerita Staf Anfield Memudahkannya Bersolat Selepas Berbuka Puasa

Berpuasa di tempat orang terutama sekali sebagai seorang pelancong sememangnya ada cabaran tersendiri. Terutama sekali di tempat bukan negara Islam.

Seorang peminat bola sepak bernama Rahat, telah berkongsi detik beliau berpuasa dan kemudian berbuka puasa di Anfield.

Dalam aksi di antara Manchester United dan Liverpool di Anfield, Rahat menyatakan:

“Saya berpuasa ketika saya pergi ke Anfield semalam [kelmarin]. Dan selepas saya berbuka puasa, saya mencari tempat untuk menunaikan solat. Saya pergi ke arah pembantu stadium [stewards] dan bertanya di mana tempat untuk bersolat.”

Paling mengejutkan Rahat, staf tersebut turut menunggu beliau selesai bersolat untuk memudahkannya masuk semula ke dalam stadium. Rahat terharu kerana tidak pernah berjumpa dengan insan sebaik itu, membantu memudahkan urusan solat beliau.

Rahat menyambung: “Bukan itu sahaja [sekadar memberitahu di mana tempat bersolat], mereka malah mengiringi saya ke bilik solat di luar stadium. Mereka juga memberitahu saya cara untuk sampai ke sana dan menunggu sehingga saya selesai menunaikan solat saya.”

“Saya dibenarkan untuk masuk semula ke dalam stadium. Saya benar benar tidak pernah berjumpa dengan orang yang sangat membantu dan pembantu stadium yang sangat menghormati orang lain seperti ini.”

“Dan saya berasa diri dihargai terutama sekali apabila mereka menghormati sesuatu yang sangat penting bagi orang yang beragama seperti saya.”

“Saya berjaya mendapatkan salah satu nama mereka, dan orangnya bernama Sharon. Nombor bajunya adalah 738 di Anfield.”

Beliau kemudian berharap Sharon dan rakan rakannya akan diberikan penghargaan oleh LFC kerana komitmen mereka membantu penyokong yang memerlukan bantuan.

“LFC Help dan LFC, saya harap kami melihat tweet ini dan mempertimbangkannya [untuk memberikan penghargaan kepada Sharon dan rakan rakan].”

Perkongsian Rahat itu benar benar menyentuh hati ramai pihak. Mereka berterima kasih dengan staf yang baik hati di Anfield membantu orang lain yang beragama Islam untuk menunaikan ibadat mereka. Walaupun mereka dari latar agama yang berbeza.

Seorang peminat Manchester United turut menyatakan rasa hormatnya dengan Liverpool termasuk Jurgen Klopp.

William berkata: “Saya telah menjadi seorang penyokong Manchester United sepanjang hayat saya yang panjang ini. Tidak suka dengan Liverpool FC adalah mandatori. Bayangkan, sekarang ini mulai wujud rasa keliru ketika saya mendapati diri saya penuh kekaguman dengan pengurus kamu, staf kamu, falsafah kelab kamu dan penyokong kamu. Rasanya sekarang saya tidak berjalan keseorangan.”

Seorang lagi peminat menyatakan bahawa dia gembira kerana Rahat berpeluang untuk menunaikan kepercayaannya di tempat yang selamat.

“Gembira mendengar kamu berpeluang mengikuti ajaran kepercayaan kamu [menunaikan ibadat] di persekitaran yang selamat.”

“Setiap stadium bola sepak, hakikatnya, setiap tempat kerja harus mengikuti teladan ini. Kita harus memeluk perbezaan kepercayaan dan budaya pada hari ini di Britain.”

Seorang peminat Liverpoo pula menyatakan: “Fakta menarik adalah; masjid pertama di Britain dibina, cuba teka di mana? Di sini di Liverpool. Dibina oleh orang tempatan di sini yang menjadi Muslim.”

“Peguam yang juga peniaga dan membantu orang yang misikin. Satu lagi fakta menarik, dia adalah rakan kepada John Houlding, pengasas Liverpool FC.”

Ramai lagi yang memberikan komen terharu mendengar cerita tersebut. Membuktikan bahawa, dunia ini memang masih ramai manusia yang baik hati walaupun seringkali dipecah belahkan oleh politiik dan golongan tertentu.

Ia juga salah satu bukti bahawa komunti bola sepak terus menunjukkan bahawa sukan adalah medan terbaik untuk keharmornian sejagat.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di