Pepe Salahkan Pengadil Argentina Punca Portugal Tersingkir: “Bagi Kat Argentina Je La Piala Tu”

Pemain veteran Portugal, Pepe menyalahkan pemilihan pengadil oleh FIFA yang memilih pengadil dari Argentina untuk mengadili aksi antara Portugal dengan Maghribi.

Portugal disingkirkan oleh Maghribi menerusi jaringan tunggal separuh masa pertama En-Nesyri.

Portugal gagal memanfaatkan dominasi dan penguasaan bola mereka yang tinggi untuk lebih tajam lagi di hadapan gol.

Selepas tamat perlawanan, Pepe mempersoalkan, bagaimana pengadil dari Argentina boleh dipilih untuk mengadili aksi antara Portugal dengan Maghribi setelah kritikan oleh Messi pada hari sebelumnya.

“Adalah tidak boleh diterima pengadil Argentina bertanggungjawab mengadili perlawanan pada hari ini selepas apa yang berlaku semalam, dengan Messi mengadu tentang pengadil.”

“Selepas apa yang saya lihat hari ini, mereka kini boleh memberikan gelaran kepada Argentina.”

Pepe menyatakan bahawa, pengadil perlawanan telah mengganggu rentak pasukan Portugal. Di mana pengadil berterusan meniup wisel untuk setiap insiden.

“Kami tak dapat bermain lancar pada separuh masa kedua kerana pengadil berterusan meniup wisel menghentikan perlawanan. Memang tak dapat main langsung.”

“Namun apa yang kami boleh buat sekarang?”

“Kami ada pasukan yang boleh memenangi pertandingan namun malangnya itu tidak berlaku.”

Ramai yang mempersoalkan kenyataan Pepe itu. Selain itu Pepe turut mempersia siakan peluang keemasannya dalam perlawanan ini untuk menjaringkan gol.

Seterusnya, pengadil turut membuang padang seorang pemain Maghribi pada masa kecederaan.

Baca yang lain