Perdana Menteri: “Tahniah Dapat Naib Juara, Keluarga Malaysia Tetap Bangga”

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada skuad Malaysia kerana berjaya menjadi naib juara Piala Raja Thailand.

Di mana Malaysia tewas dalam aksi final di tangan Tajikistan selepas penentuan penalti.

Sebelum itu Malaysia berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand, juga menerusi penentuan penalti selepas seri 1-1 sepanjang 90 minit.

Beliau menyatakan bahawa keluarga Malaysia tetap berbangga dengan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh kesemua pemain Malaysia dalam aksi menentang Tajikistan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyuarakan harapannya agar perlawanan ini akan menjadi motivasi kepada pasukan Harimau Malaya pada masa akan datang.

Dalam catatan di Twitter beliau, PM Malaysia itu berkata: “Keluarga Malaysia tetap bangga dengan semangat juang seluruh pemain Harimau Malaya pada malam ini!”

“Saya yakin para pemain sudah memberikan yang terbaik, namun jadikan perlawanan ini sebagai pendorong untuk berusaha dengan lebih gigih bagi perlawanan yang akan datang.”

Akhir sekali, Perdana Menteri kesayangan Malaysia itu menyatakan: “Kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia pula akan terus menjadi penyokong kuat Harimau Malaya.”

Malaysia berjaya mengikat Tajikistan sepanjang 90 minit aksi. Namun agak kurang bernasib baik dalam penentuan penalti dalam aksi Final Piala Raja Thailand.

Namun ada banyak peningkatan yang ditunjukkan beberapa pemain terutama sekali pemain pemain seperti Khuzaimi Piee dan Syihan Hazmi.

Baca yang lain