Perez Sindir ‘Kelab Negeri’ Tolak Tawaran €200 Juta Sebagai Perosak Prinsip Kesatuan Eropah

Florentino Perez menyindir beberapa kelab di Eropah sekarang tidak risau langsung pasal pendapatan kelab kerana mereka mendapat tajaan daripada duit kerajaan.

Perez melabel kelab kelab ini sebagai kelab negeri, yang dipayungi dana awam. Perez mendedahkan bahawa, sekarang ini, kelab kelab negeri ini tidak pandang tawaran €200 juta sekalipun.

Istilah state club ni biasanya digunakan untuk menyindir kelab kelab yang tidak pandai mencari dana sendiri, sebaliknya bergantung kepada duit awam ataupun bahasa pasar kita duit rakyat.

Menurut Perez, Real Madrid ada membida seorang pemain dari kelab negeri ini dengan nilai €200 juta, namun ianya ditolak, walaupun pemain itu sudah hampir menjadi ejen bebas.

Peminat bola sepak dan pemerhati tahu bahawa Perez memaksudkan bidaan Real Madrid ke atas Kylian Mbappe. Dan kelab negeri yang disindir oleh Perez itu ialah PSG.

Kylian Mbappe sendiri, baru baru ini menyatakan bahawa, beliau agak terkesan apabila PSG menolak tawaran besar daripada sebuah kelab untuk mendapatkan khidmatnya.

Mbappe pastinya merujuk kepada Real Madrid yang sebelum ini dilaporkan melancarkan 2 bidaan pada minggu terakhir perpindahan pra musim. Namun kedua duanya ditolak PSG.

Bercakap dalam perhimpunan agung kelab Real Madrid, presiden Real itu menyatakan ada banyak kelab negeri yang ditaja oleh dana awam seperti PSG, Manchester City dan sekarang Newcastle United.

Mereka telah mewujudkan situasi tidak adil kepada kelab kelab lain yang berusaha mencari jalan mendapatkan wang menerusi perniagaan.

Perez berkata: “Kita harus memenuhi kontrak kita dan cuba membawa masuk pemain yang bagus dan pemain terbaik.”

“Namun kita tak mampu membeli mereka. Kerana sekarang, kamu tawarkan €200 juta sekalipun, mereka tak nak jual.”

“Lebih baik tunggu pemain pemain ini habis kontrak, tetapi buat masa ini, terlalu banyak kelab tajaan negeri ini tak mahu menjual pemain kepada kamu.”

“Saya berusaha agar kela ini mencari sendiri wang, itu adalah perkara penting, bukannya mendapat wang entah dari mana mana sumber.”

“Masanya akan tiba juga nanti di mana 30 kelab teratas Eropah adalah kelab kelab yang ditaja oleh duit kerajaan.”

“Ini bercanggah dengan prinsip kesatuan Eropah. Saya berada di sini untuk terus menentang apa yang saya sudah tentang sejak saya mula mula tiba dulu.”

“Untuk menegakkan prinsip EU: Solidariti, persasingan dan fair play, kita harus perbaiki semua ini dan saya akan berjuang.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di