Pertama Kali Selepas 16 Tahun, Ronaldo Menamatkan Musim Tanpa Trofi

Cristiano Ronaldo nampaknya baharu sahaja mencipta rekod tidak diingini dalam kancah bola sepak. Di mana pemain antarabangsa Portugal itu kini gagal memenangi sebarang trofi buat pertama kalinya dalam kariernya di peringkat kelab selepas 16 tahun. Ia pastinya rekod yang membuatkan Ronaldo kecewa secara peribadinya dalam usahanya cuba memenangi Ballon d’Or yang akan datang.

Kali terakhir Ronaldo gagal memenangi sebarang piala di peringkat kelab adalah pada 2004/05 bersama dengan Manchester United.

Musim tersebut menyaksikan United dan Ronaldo menamatkan musim di tangga ketiga dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Kemudian mereka tersingkir di peringkat separuh akhir Piala Liga. Ronaldo turut tersingkir daripada pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah pada musim tersebut.

Paling hampir untuk United memenangi trofi adalah ketika ke final Piala FA. Itupun mereka gagal memenanginya.

Selepas itu, karier Ronaldo bersama Manchester United, Real Madrid dan Juventus sangat cemerlang.

Selain daripada itu, ini juga adalah musim kelima berturut turut Manchester United menamatkan musim tanpa sebarang piala. Lebih lebih lagi dengan mengambil kira bahawa pasukan Manchester United merupakan skuad paling mahal di dunia ketika ini.

Sebelum ini Bruno Fernandes melaungkan keyakinan untuk menjulang Liga Juara Juara Eropah dan satu piala domestik dengan skuad yang mereka ada walaupun akur bahawa Liga Perdana Inggeris sudah jauh dari genggaman pada masa itu.

Ronaldo kembali semula menyarung jersi Manchester United pada musim 2021/22. Pemain berusia 37 tahun itu menjadi penjaring utama pasukannya.

Beliau menyatakan bahawa dia datang ke Man United untuk membantu kelab tersebut memenangi trofi sekali lagi kerana dia seorang bermentaliti juara.

Ronaldo yang masih segar daripada kejayaan hatrik bersama United dalam aksi Liga Perdana Inggeris berdepan Spurs, dan memecahkan rekod Josef Bican sebagai penjaring terbanyak dalam karier berdasarkan gol rasmi dikira FIFA.

Namun kali ini gagal untuk mencetak sebarang gol dalam aksi berdepan Atletico yang sangat kompak ketika bertahan.

Atletico Madrid yang selalu malang berdepan dengan pasukan diwakili Ronaldo di pentas UCL, berjaya menamatkan badi tersebut.

5 kali Atletico Madrid disingkirkan atau ditewaskan Ronaldo pada final. Malah ketika undian pusingan 16 akhir dibuat, ramai peminat yang merasakan bahawa Ronaldo akan kembali menghantui Atletico Madrid sekali lagi dalam aksi UCL.

Akhirnya mereka berjaya menyingkirkan Ronaldo kali ini dengan kemenangan 1-0 di OId Trafford hasil jaringan tunggal Renan Lodi pada minit ke-41.

Di mana gol tersebut agak kontroversi kerana pemain pemain United mendakwa Elanga terlebih dahulu dikasari.

Sebelum ini Lionel Messi turut disingkirkan dari UCL. Ini menjadikan Messi dan Ronaldo sekali lagi gagal ke suku akhir buat kali kedua berturut turut. Kedua dua pemain seringkali bersaing untuk Ballon d’Or kemungkinan sukar untuk memenangi anugerah tersebut pada edisi akan datang jika gagal melakukan magis dalam kejohanan seperti Piala Dunia.

Sementara itu, Ralf Rangnick mungkin sudah melepaskan peluangnya untuk menjadi pengurus tetap Manchester United. Hal ini kerana sebelum ini Man United menyatakan mereka akan mempertimbangkan secara serius untuk melantik Rangnick secara tetap jika pengurus asal Jerman itu membantu Red Devils menjuaral Liga Juara Juara Eropah.

Fokus Manchester United adalah untuk memastikan mereka layak ke UCL musim hadapan. Di mana dalam kedudukan semasa mereka tidak berada di landasan terbaik untuk berada dalam 4 teratas.

Rangnick sebelum ini menyatakan bahawa 4 teratas adalah sasaran utama mereka kerana pasukan seperti Manchester United harus bermain di Liga Juara Juara Eropah.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di