Kapal terbang yang membawa peralatan perubatan di Filipina telah terlibat dalam nahas.
Pesawat Lionair tersebut meletup ketika berlepas dari ibukota Filipina iaitu Manila.
8 orang dilaporkan terbunuh termasuk warga Amerika Syarikat dan Kanada. Tidak ada yang selamat.
Pesawat tersebut dijadualkan berlepas ke Haneda, Japan, namun malangnya ia terbakar ketika di hujung landasan pelepasan lapangan terbang antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA), Manila.
#developing RP-C5880, an aircraft chartered by Philippine Department of Health, crash-landed/overshot the runway at MNL (NAIA). Reports say its carrying medical supplies. #COVID19 #SARS_COV_2 pic.twitter.com/peqgwiBJFl
— MikeGo (@MikeGo6671) March 29, 2020
Pesawat tersebut didaftarkan sebagai pesawat milik Lion Air Filipina. Perkara itu disahkan sendiri oleh Lion Air Indonesia.
Beberapa siri video rakaman memapakan kepulan asap daripada kebakaran pesawat tersebut. Api kelihatan sangat marak.
Lion Air Westwind ambulance aircraft burned on take off in NAIA runway with eight people on board, according to sources.
This video was taken March 29, 2020 around 8 PM pic.twitter.com/QF0LDDwMgl | via @jacquemanabat
— ABS-CBN News (@ABSCBNNews) March 29, 2020
Pesawat tersebut membawa 3 orang petugas perubatan (seorang pegawai perubatan penerbangan, seorang doktor, seorang jururawat), 3 krew pesawat (dua juruterbang, seorang flight attendant), seorang pesakit dan peneman pesakit.
Lion Air just crashed at NAIA
An aircraft, Breaking: A plane got crashed at Ninoy Aquino International Airport (#NAIA) tonight carrying medical supplies. 8 passengers including pilots are confirmed dead. #Philippines #Covid_19 #CoronaUpdate #Manila pic.twitter.com/g6hQql6vtv— Dr.Sunil Kumar Meena (@DrSunilKumar_) March 29, 2020
Dalam satu kenyataan media oleh Manila International Airport Authority (MIAA) berkata:
“Dukacita dimaklumkan bahawa tiada seorang pun penumpang yang selamat.”
MIAA menegaskan siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kebakaran dan letupan yang berlaku.
“Petugas bomba dan medik kami sudah dikerah ke NAIA Terminal 2 – sebaik sahaja dimaklumkan tentang insiden nahas pewasat Lion Air Flight RPC 5880.”
“Pesawat terbakar dan meletup ketika ia mahu berlepas di landasan NAIA.”
Landasan pelepasan tersebut ditutup sementara. Ia juga membuatkan pesawat Korean Air ditukarkan laluan pendaratan ke lapangan terbang Clark di utara Filipina.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Civil Aviation Authority (CAAP) Filipina, Kapten Don Mendoza mengesahkan bahawa September lalu, pesawat Lion Air turut terhempas di Laguna.
Beliau meminta agar pihak bertanggungjawab mengambil perhatian akan perkara itu — dan pada masa yang sama menyampaikan simpatinya kepada Lionair dan keluarga mangsa nahas.
“Kami harus melakukan penyiasatan lengkap untuk perkara ini dan memberikan beberapa garis panduan dan nasihat kepada syarikat operator penerbangan.”
Lionair merupakan syarikat penerbangan tambang murah dari Indonesia. Namun ianya memiliki syarikat operasi yang besar di Filipina.
Salam takziah kepada Filipina di apa yang menimpa.