Petarung Antivaks Belgium Discaj Diri Sendiri Dari Hospital Dan Meninggal Kerana Covid

Seorang petarung kickboxing Belgium yang merupakan antivaksin telah keluar dari hospital atas permintaan dia sendiri.

Kerana dia tak percaya bahawa covid itu benar benar wujud dan memudaratkan.

Petarung bernama Frederi Sinistra menganggap pihak kerajaan ada agenda ke atas dirinya kerana selama ini dia lantang bersuara tentang penentangan ke atas penjarakan sosial sepanjang musim wabak.

Dia kemudian mendesak untuk keluar dari hospital kerana menganggap dia sebenarnya sakit demam biasa dan hanya perlu duduk di rumah dan makan ubat.

Walaupun dia akhirnya percaya bahawa covid itu wujud, tetapi dia menganggap covid hanyalah selsema biasa. Dan tak ada apa yang perlu dirisaukan sampai harus dikuarantin.

Frederic Sinistra, 41, sebelum itu berada di hospital di Liege dengan tiub oksigen digunakan untuk membantunya bernafas.

Sinistra sempat memuat naik status di Facebook dan berbalas komen dengan pengikutnya.

“Terima kasih atas sokongan semua. Saya sepatutnya duduk di rumah je untuk pemulihan. Saya akan bangkit lebih kuat.”

Sinistra dihantar ke hospital oleh jurulatihnya Osman Yigin sebelum ini kerana menunjukkan simptom.

Dia tidak dapat bertarung dalam aksi 4 Disember lalu. Dia kemudian tak nak dirawat di hospital dan pulang ke rumahnya di Ciney, Belgium. Tidak pasti la macamana dasar di Belgium, kerana dia dibenarkan untuk kuarantin di rumah.

Isterinya mengesahkan kematiannya dengan berkata: “Tulus dari hati saya, terima kasih atas sokongan semua dan kesemua penghormatan terakhir kamu yang baik untuk mendiang suami saya.”

“Suami saya seorang yang baik hati dengan jiwa besar, sentiasa membantu orang lain yang memerlukan, tak kira apa jua keadaan.”

Sebelum ini Sinistra melabel covid-19 sebagai virus biasa ataupun virus kecil yang sama dengan selsema biasa.

Dia banyak bersuara mengkritik dasar kerajaan ketika lockdown dan mempersoalkan mandatori penggunaan pelitup muka serta pasport vaksin ketika varian omicron.

Sinistra juga menolak vaksinasi. Pasukan kejurulatihannya sentiasa mahu dia menjalani ujian covid sebelum memulakan latihan kerana risau.

Sikap berhati hati pasukan kejurulatihannya juga harus dipuji. Kerana ternyata ketika pada hari itu mereka mendapati Sinistra dijangkiti virus tersebut, dan menyatakan bahawa mereka tidak mahu bekerja dengannya pada hari itu selagi lagi dia tak dibuktikan bebas covid.

Ternyata Sinistra benar benar dijangkiti wabak itu, dan mereka terus menghantarnya ke hospital.

Digelar Undertaker oleh media di Belgium, dia merupakan juara kebangsaan acara kickboxer pada 2004 dengan rekod 39-9 karier.

Sinistra meninggalkan balu dengan 2 orang anaknya iaitu Celia dan Diego.

Netizen berbagi pendapat tentang kematiannya. Namun ramai juga meminta agar semua orang menghormati hak dia sebagai manusia yang memilih kebebasan walaupun pilihannya itu membawa kepada kematiannya.

Kerana menurut mereka, bukan dia seorang sahaja atlet yang meninggal dunia kerana sakit.

Baca yang lain