Peter Lim Sila Berambus, Perosak Valencia Sebenar

Penyokong Valencia dah menyampah gila dengan pemilik kelab yang merupakan jutawan Singapura Peter Lim.

Malah sebelum covid hari tu ramai penyokong melancarkan kempen Peter Lim Harus Berambus. Kempen itu rancak di dalam dan di luar stadium.

Legenda Argentina, Mario Kempes antara yang mengecam Peter Lim.

Kempes meminta Lim untuk menjual Valencia dan pergi berambus dari Mestalla.

Valencia mengalami krisis kewangan pada 2009. Hutang mereka sampai mencecah €300 juta yang memaksa rancangan pembangunan stadium baharu berkapasiti 73 ribu penonton tertunda.

Ia membuatkan Valencia telah banyak menjual pemain termasuk para bintangnya seperti David Villa, David Silva, Joaquin Sanchez, Raul Albiol, Emiliano Moretti dan lainnya.

Menjadikan mereka antara feeder club Dan bukannya buying club. Sedangkan scouting dan akademi mereka telah melakukan tugas sebaiknya.

Lim kemudian datang untuk membeli Valencia pada 2014.

Salah seorang daripada orang terkaya di dunia, berasal Singapura itu mendapatkan pungutan suara mutlak daripada 22 orang lembaga pengarah Valencia dalam membida penjualan Los Che.

Valencia dilihat bakal bangkit semula dengan kemaraan ke Liga Juara Juara Eropah, setelah kedatangan Lim.

Namun, mereka masih jauh daripada bersaing dengan Real Madrid dan Barcelona untuk berebut gelaran LaLiga.

Pada musim ini, Valencia mulai melakukan rombakan dan melepaskan beberapa pemain dan jurulatih. Mereka kemudian menjual bakat Ferran Torres.

Marcelino merupakan jurulatih pertama yang memberikan Valencia piala major selepas sekian lama. Namun dia dipecat Peter Lim yang tak sehaluan pandangan dengan beliau.

Kempes sangat bengang dengan situasi di Valencia saat ini.

Dia malah mengecam Lim dan menyatakan bahawa Valencia era sebelum Peter Lim adalah lebih baik walaupun berdepan masalah kewangan.

Kempes berkata: “Apa benda yang saya boleh percaya daripasa Lim? Itu pertanyaan yang cukup sukar. Saya rasa tak ada langsung dan saya tak tahu.”

“Dia menunjukkan bahwa anda tidak dapat menonton perlawanan dari jarak 12,000 kilometer dan membuat tim yang hebat, juga tidak dapat bersaing dengan Real Madrid dan Barcelona,” tegas legenda Valencia itu.

“Tetapi untuk layak ke Liga Champions, yang berprestij, anda harus percaya kepada para pemain. Valencia memiliki pasukan yang hebat, tetapi dia harus membiarkan mereka bekerja.”

“Jadi dia harus terus melaburkan wang. Namun sebaliknya dia sibuk menyingkirkan jurulatih dan menjual pemain.”

“Lim, kamu berambus dari kelab ini dan tinggalkan Valencia kerana sebelum ini memang Valencia dalam ituasi buruk, tetapi kelab lebih gembira daripada sekarang ini.”

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini adalah berlaku kecelaruan dan huru hara dalam kelab.”

Valencia kini bergelut di pertengahan carta liga dan sukar untuk menempatkan diri ke Liga Europa.

Baca yang lain