Piala FA Tak Akan Dikorbankan, FA Tak Setuju Guna ‘Fake Noise’ & CGI

FA berjaya memastikan Piala FA sama seperti EPL, ia akan diteruskan pada musim ini, dan tidak akan dibatalkan.

Namun FA akur bahawa keutamaan pada ketika ini adalah untuk menamatkan saingan liga berbanding dengan piala domestik yang lain.

Tetapi FA sudah diberikan jaminan bahawa PIala FA tidak akan dikorbankan untuk Liga Perdana Inggeris.

Seperti juga EPL, Piala FA kemungkinan besar akan berlangsung di stadium kosong – tanpa penyokong.

Justeru ada cadangan untuk meletakkan audio rakaman bunyi penyokong diletakkan di dalam stadium.

Idea itu ditentang oleh FA. Namun mereka tidak ada kuasa untuk mengenakan larangan mandatori.

Musim sebelum ini West Ham United dilaporkan pernah menggunakan fake noise ini bagi memastikan atmosfera nampak lebih bising.

Selain itu terdapat juga cadangan untuk menggunakan CGI, dengan membentuk lautan manusia di dalam stadium yang kosong – untuk tontonan di rumah.

Sky Sports juga tidak bercadang untuk melaksanakan idea tersebut buat masa ini.

Ini kerana menurut Sky Sports, para peminat lebih relah menonton aksi dengan berlatarkan stadium kosong berbanding dengan penyokong yang palsu hasil janaan imej komputar.

Perlawanan final Piala FA musim ini masih lagi dirancang akan diadakan di stadium keramat Wembley.

FA sudah bersedia untuk menyiarkan siaran langsung perlawanan piala FA kepada semua peminat.

FA masih belum ada tarikh – bila Piala FA akan disambung semula. Segalanya masih bergantung kepada situasi di England dan atas kebenaran kerajaan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.