Piers Morgan Gelakkan Media Amerika Iktiraf Tom Brady Atasi Messi & Ronaldo Terpopular Di Dunia

Hos tv terkemuka yang juga peminat tegar Arsenal, Piers Morgan tidak dapat menahan rasa geli hatinya dengan sebuah penerbitan di Amerika Syarikat.

Di mana sebuah rancangan The Herd With Colin Cowherd membentangkan hasil kajian mereka tentang 10 atlet paling popular di dunia.

Dalam senarai tersebut mereka meletakkan Tom Brady, yang baru sahaja memenangi Superbowl sebagai atlet paling popular di seluruh dunia.

Diikuti oleh LeBron James, Tiger Woods dan Stephen Curry.  Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, masing masing diletakkan di senarai kelima dan keenam.

Berikut senarai penuhnya:

Senarai tersebut dianggap Piers Morgan sebagai syok sendiri dan hanya melibatkan perspektif orang AS berbanding dengan ‘seluruh dunia’.

Morgan berkata: ” [emoji gelak keluar air mata] Tak suka sebenarnya yang memecahkan gelembung US-centric [berpaksikan AS] korang, tapi Ronaldo dan Messi 100 kali lagi popular di dunia berbanding Brady.”

Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Piers Morgan.

Seorang peminat dari Afrika berkata: “Di Afrika, orang akan tanya, menate gapo Brady ni?”

Seorang lagi pula mengucapkan terima kasih kepada Piers Morgan kerana akhirnya mereka pertama kali mendengar nama Tom Brady.

Peminat dari Pakistan menulis: “Kalau kau pergi Pakistan kau sebut nama Tom Brady orang akan kata persetubuhan apakah [w*f]. Kau sebut je bola sepak dah cukup untuk orang terus ingat Messi dan Ronaldo.”

Seorang warganegara AS pula menyatakan: “Teman ni orang AS dan tak kenal pun sapa Brady ni sampailah dia menang kejuaraan ketujuh [Superbowl].”

Sebelum ini Business Insider pernah menyenaraikan 20 atlet paling popular di dunia berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Beriku senarainya:

1. Cristiano Ronaldo

2. LeBron James

3. Lionel Messi

4. Neymar Jr.

5. Roger Federer

6. Kevin Durant

7. Tiger Woods

8. James Rodriguez

9. Rafael Nadal

10. Kobe Bryant

11. Gareth Bale

12. Phil Mickelson

13. MS Dhoni

14. Usain Bolt

15. Novak Djokovic

16. Wayne Rooney

17. Maria Sharapova

18. Mesut Özil

19. Rory McIlroy

20. Zlatan Ibrahimovic.

Messi dan Ronaldo merupakan dua nama yang sangat popular di dunia. Mereka juga menjadi atlet dengan pengikut dan juga jumlah tajaan yang sangat tinggi.

Kuasa publisiti Messi dan Ronaldo memang luar biasa. Jadi, apabila bercakap soal global, agak sukar untuk melihat nama seperti Tom Brady di atas kedua dua mereka.

Baca yang lain