PM Sempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru 5 Tingkat FAM

FAM hari ini berkongsi kisah gembira sempena Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu FAM Di Putrajaya. Bangunan serba moden itu setinggi 5 tingkat.

Berada di sebelah bangunan AFF di Putrajaya. FAM turut mengumumkan bahawa mereka sedang membina pusat latihan untuk pasukan kebangsaan di persint yang sama.

Majlis pecah tanah tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yakoob. Serta turut dihadiri oleh Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Dalam kenyataannya, FAM berkata:

“Majlis pecah tanah bagi pembinaan ibu pejabat baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Presint 5, Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi sambil disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.”

“Bangunan baharu FAM ini akan dibina setinggi lima tingkat dan terletak bersebelahan ibu pejabat Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) di Bandar Bola Sepak Putrajaya. FAM yang berpangkalan di Wisma FAM di Kelana Jaya sejak 1980, dijangka memindahkan semua operasi dan tadbir urus ke ibu pejabat baharu yang dijangka siap sepenuhnya pada awal 2025.”

“Turut hadir pada majlis itu tadi ialah Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria.”

“Selain ibu pejabat baharu FAM di Presint 5, FAM sedang dalam proses untuk membina Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang dikhususkan buat skuad Harimau Malaya di presint yang sama.”

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi