Politician Britain Mahu Parlimen Lucutkan Pemilikan Abramovich Di Chelsea Kerana Sokong Putin

Ahli Parlimen dari Parti Buruh Britain menggesa agar Roman Abramovich dilucutkan haknya sebagai pemilik pasukan Chelsea dan dilarang untuk berada di England secara tetap.

Roman Abramovich merupakan rakyat Rusia yang menukar kewarganegaraannya kepada Israel beberapa tahun lalu. Ini kerana dasar kerajaan UK yang sangat ketat kepada rakyat Rusia yang mahu menetap di negara mereka.

Ianya selepas kes pengintipan Rusia di UK membuatkan kerajaan UK mengetatkan undang undang bahawa orang Rusia tidak dibenarkan tinggal di negara mereka lebih daripada enam bulan.

Itu pastinya menyukarkan Roman Abramovich yang memiliki banyak bisnes yang berpangkalan di UK terutama sekali kelab bola sepak Chelsea miliknya. Selain itu seluruh keluarganya tinggal di London. Jadi Abramovich sangat terdesak mahukan pasport EU untuk terus menetap di London seperti biasa.

Namun terdapat juga laporan terbaru menyebut bahawa Roman Abramovich kini merupakan warganegara Portugal.

Abramovich dilaporkan telah diberikan kewarganegaraan Portugal pada April 2021, tertakluk kepada peraturan naturalisasi untuk keturunan Yahudi Sephardic yang diusir dari semenanjung Iberia pada Zaman Pertengahan.

Nama akhir Roman Abramovich sendiri adalah nama keluarga yang sinonim dengan etnik Yahudi Ashkenazi.

Sementara itu, institusi yang mengeluarkan kewarganegaraan untuk pasport Portugis, IRN (Instituto dos Registos e do Notariado), telah menerima kritikan hebat daripada masyarakat Eropah dengan alasan bahawa peraturan naturalisasi sedemikian sangat terdedah kepada penyalahgunaan oleh oligarki untuk meluaskan pengaruh mereka di negara berdaulat.

Oligarki merupakan suatu pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan kecil yang berkuasa sahaja. Ia berkait rapat dengan nepotisme dan kronisme. Dalam ekonomi, oligarki bermaksud suatu industri yang dikuasai oleh sejumlah kecil pengeluar seperti OPEC yang menguasai industri petroleum antarabangsa.

MP Britain mahu Abramovich dihalau dari UK

Dalam sesi pembentangan hujahnya di Parlimen, MP Chris Bryant menunjukkan dokumen bocor tentang penglibatan Roman Abramovich secara langsung menjadi penyokong kuat Putin bersama sama dengan 35 lagi taikun perniagaan Rusia.

Dokumen itu dibocorkan oleh ketua pembangkang Rusia iaitu Alexei Navalny yang menganggap mereka sebagai puak kleptokrasi dan penyokong kuat Vladimir Putin.

Roman Abramovich sudah menafikan tuduhan tersebut. Namun pihak Parti Buruh di Britain menggesa agar Parlimen melarang Abramovich daripada tinggal di Britain.

Chris Bryant menyatakan bahawa, dokumen dokumen yang ada seharusnya membuatkan Parlimen tidak berlengah lagi untuk terus melarang Abramovich berada di negara tersebut termasuk melucutkan haknya sebagai pemilik pasukan Chelsea.

Bryant mempersoalkan, kenapa tiada tindakan diambil ke atas Roman Abramovich walaupun dokumen itu sudah beredar sejak 2019 lagi.

Bryant yang merupakan ahli Parlimen Rhonda dan bekas Menteri, berkata: “Saya ada memegang dokumen yang tertiris dari 2019 dari Home Office yang berkaitan dengan Encik Abramovich – Dia adalah sebahagian daripada unit HMG milik Rusia yang menyusun strategi mensasarkan kegiatan kewangan terlarang dan aktiviti jahat. Abramovich kekal berminat dengan HMG kerana hubungannya dengan negara Rusia dan kaitannya dengan pertubuhan awam yang korup.”

“Sebagai contoh, ini adalah Abramovich mengakui di prosiding mahkamah bahawa dia membayar untuk pengaruh politik.”

“Selain itu, HMG memfokuskan kepada untuk memastikan individu yang tersabit dengan aktiviti wang kotor dan aktiviti jahat yang tida boleh tinggal di UK, akan menggunakan beberapa kaedah relevan termasuk kuasa imigresen untuk mengatasi perkara ini.”

“Ini hampir 3 tahun yang lalu, dan masih lagi, sangat sedikit tindakan yang kita ambil berkaitan perkara ini.”

“Sudah tentu Mr Abramovich, sepatutnya dia tidak boleh memiliki kelab bola sepak di negara ini lag. Pastinya kita harus menyita beberapa asetnya termasuk rumah bernilai £152 juta, dan memastikan orang yang memegang visa Tier 1 seperti ini tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jahat.”

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan