Positif Koronavirus, Rugani Nasihatkan Semua Pihak Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Pemain pertahanan Juventus iaitu Daniel Rugani positif koronavirus selepas beliau menjalani ujian perubatan wabak tersebut.

Rugani merupakan pemain bola sepak Serie A pertama yang disahkan positif Covid-19.

Juventus dalam kenyataan mereka: “Berkenaan dengan laporan akhbar semalam, berakaitan dengan kes positif koronavirus COVID-19 melibatkan Daniel Rugani, Juventus mengenalpasti 121 orang termasuk pemain, pegawai, pengarah dan pengiring pasukan – diarahkan untuk berkurung / kuarantin di rumah.”

“Ianya mengikuti piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berkuasa di di wilayah berkaitan.”

Juventus telah mengambil langkah pro aktif dalam mencegah penularan wabak ini. Cristiano Ronaldo antara bintang yang diarahkan untuk pengasingan di rumahnya di Portugal kerana ada bersama Rugani sebelum ini.

Ronaldo terpaksa pulang ke Portugal kerana mahu melihat kondisi emaknya yang sakit, diserang strok.

Penyerang antarabangsa Portugal itu tidak dibenarkan keluar rumah buat masa ini dan perlu mengikuti prosedur.

Ketika ini semua acara sukan di Itali digantung sehingga 3 April. Kerajaan mengumumkan perinta berkurung kerapa koronavirus.

Rugani kemudian tampil menerusi twitternya memberitahu semua orang yang mengikuti perkembangannya bahawa dia baik baik sahaja.

Pada masa yang sama Rugani menasihati agar mereka yang ada simptom ataupun disyaki koronavirus, tidak mementingkan diri sendiri. Bekerjasamalah dengan doktor dan petugas kesihatan.

Rugani berkata: “Korang sudah baca berita, jadi saya nak beritahu kepada semua korang yang risau tentang saya bahawa saya baik baik sahaja.”

“Saya menyeru agar semua orang menghormati peraturan kerana koronaovirus ni tidak memilih orang!”

“Lakukannya untuk diri sendir, untuk orang yang kita saya dan orang yang berada di sekeliling kita.”

Mesej Rugani ini sangat penting. Ramai peminat beliau yang lega dan pada masa yang sama berharap mesej yang disampaikan Rugani dapat memberikan kesedaran kepada ramai pihak.

Ketika ini ada segelintir pihak yang tidak mahu mengikuti prosedur termasuk gatal gatal nak melancong pun ada.

Ada juga yang merasakan, terkena koronavirus bermakna mereka akan mati dan putus harapan terus tak nak berubat. Malah ada beberapa kes di dunia di mana, pesakit cuba melarikan diri daripada hospital.

Selain daripada Rugani, bekas pemain Southampton iaitu Manolo Gabbiandini juga positif koronavirus.

Beliau juga menyatakan bahawa dia baik baik sahaja.

“Saya masih nak cakap bahawa saya OK. Jangan risau. Ikut peraturan yang ditetapkan, berkurun di rumah dan semuanya akan berjalan lancar.”

Koronavirus kian menular pada ketika ini. Banyak acara sukan di dunia yang digantung. Ianya telah mengorbankan ramai nyawa.

Diharap kita semua dilindungi daripada wabak ini dan mengambil langkah langkah keselamatan.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari