Presiden Napoli Masih Tunggu PSG Bida Osimhen €200 Juta

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis menyatakan bahawa kelabnya masih menunggu bidaan daripada PSG untuk membeli Victor Osimhen.

PSG sudah membida Osimhen sebelum ini dengan nilai sekitar €100 juta, namun Napoli meminta €200 juta daripada kelab Paris itu.

Ketika itu Napoli yakin bahawa PSG sangat berminat dengan Osimhen selepas Kylian Mbappe menyatakan dia tak akan kekal di kelab itu.

PSG menarik diri daripada perbincangan lanjut dengan Napoli.

Namun Napoli yakin bahawa PSG akan kembali membida Victor Osimhen selepas ini. Kerana Mbappe masih mahu berkeras mahu meninggalkan PSG.

Selain itu, Laurentiis menyatakan, ketika ini hanya PSG sahaja yang mampu membelanjakan wang sebesar itu untuk membeli Osimhen.

Mereka hanya akan menerima bidaan €200 juta untuk pemain tersebut atau kekalkan Osimhen bersama mereka.

Beberapa minggu lalu, Laurentiis hairan kerana tiada kelab yang membida Osimhen, ketika mereka sedia mendengar tawaran untuk pemain itu.

Osimhen menjadi nadi penting Napoli dalam kejuaraan Serie A musim lalu. Laurentiis menegaskan mereka kini turut menjangkakan pemain itu akan kekal bersama Napoli jika tiada bidaan daripada PSG untuk beliau.

Sebelum ini Osimhen sudah memberitahu Napoli bahawa dia berminat untuk menyertai kelab lebih besar. Terutama sekali kelab dari EPL – liga yang diminatinya sejak kecil lagi.

Osimhen sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab EPL termasuk Arsenal, Man United dan Chelsea. Kini kelab kelab itu dilihat tidak berminat untuk memulakan perbincangan kerana tanda harga yang dianggap terlalu tinggi.

Baca yang lain