[Preview Euro 2020] Itali: Azzurri Mahu Bangkit Dari Kegagalan Layak ke Piala Dunia 2018

Kami di Axello.Net akan membawakan siri preview mengenai satu pasukan pilihan yang akan bertanding di Euro 2020 setiap hari sehingga bermulanya pertandingan pada 12 Jun 2021.

Kegagalan layak ke Piala Dunia 2018 merupakan tamparan hebat kepada Itali setelah juara dunia 4 kali itu tewas pada play-off menentang Sweden. Itu merupakan kali pertama dalam tempoh 60 tahun negara itu tidak layak ke Piala Dunia.

Roberto Mancini telah dilantik bagi memberi nafas baru setelah tempoh yang kelam dibawah bimbingan Gianpiero Ventura.

Tindakan pantas FIGC itu tampak memberikan hasil apabila Azzurri setakat ini telah memenangi 21 daripada 30 perlawanan semenjak kehadiran Mancini.

Pusingan Kelayakan

Itali tidak mempunyai masalah untuk memenangi Kumpulan G apabila memenangi kesemua 10 perlawanan kelayakan.

Mereka berjaya menjaringkan 37 gol dan hanya bolos 4. Kemenangan terbesar mereka adalah ketika menewaskan Armenia 9-1 di tempat sendiri.

Formasi & Taktikal

Mancini menerapkan formasi 4-3-3 fluid attacking yang sangat sesuai untuk semua pemain, dengan sesiapa sahaja boleh bermain jika diperlukan.

Mereka memainkan gaya teknikal, kreatif, sangat energetik dengan produk akhir yang baik. Build up play merupakan salah satu aspek penting permainan mereka.

Barisan serangan kebiasaannya merangkumi seorang penyerang, pilihan diantara Andrra Belloti atau Ciro Immobile diapit oleh 2 flanker, Lorenzo Insigne dan Federico Chiesa.

Bahagian tengah pula kebiasaannya dikawal oleh Jorginho bertindak sebagai regista mengatur tempo perlawanan. Marco Verratti dan Nicollo Barella memberikan tenaga di bahagian tengah.

2 fulbek, Leonardo Spinazzola dan Alessandro Florenzi melakukan overlap untuk memberikan width sementara gandingan berpengalaman, Bonucci & Chiellini mengawal di pertahanan tengah.

Kedudukan antara tiang semestinya menjadi milik Gianluigi Donnarruma.

Senarai Pemain

Penjaga Gol: Gianluigi Donnarumma (Milan), Alex Meret (Napoli), Salvatore Sirigu (Torino)

Pertahanan: Francesco Acerbi (Lazio), Alessandro Bastoni (Inter), Leonardo Bonucci (Juventus), Giorgio Chiellini (Juventus), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Emerson Palmieri (Chelsea), Alessandro Florenzi (Paris), Gianluca Mancini (Roma), Leonardo Spinazzola (Roma), Rafael Toloi (Atalanta)

Tengah: Nicolo Barella (Inter), Bryan Cristante (Roma), Jorginho (Chelsea), Manuel Locatelli (Sassuolo), Lorenzo Pellegrini (Roma), Matteo Pessina (Atalanta), Stefano Sensi (Inter), Marco Verratti (Paris)

Penyerang: Andrea Belotti (Torino), Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Bernardeschi (Juventus), Federico Chiesa (Juventus), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli), Matteo Politano (Napoli)

Pemain Tumpuan: Federico Chiesa

Pemain berusia 22 tahun ini menjalani musim pinjaman yang produktif dia Allianz Stadium apabila merekodkan 15 gol dan 11 assists dalam semua pertandingan.

Pengalaman bermain bersama pemain ulung dunia seperti Cristiano Ronaldo dan Paolo Dybala turut membantu peningkatan tahap permainannya di Turin.

Kepantasan larian, pergerakan off the ball yang baik serta kemampuannya dalam membuat hantaran amat ditagih oleh Mancini.

Ramalan: Separuh Akhir

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi