PSG Buat U-Turn, Kini Nak Icardi Secara Tetap

Laporan sebelum ini menyatakan bahawa PSG tidak akan menandatangani Mauro Icardi secara tetap.

Ini selepas komen isterinya yang menegaskan Icardi mahu pulang semula ke Itali.

L’Équipe melaporkan bahawa PSG berhasrat untuk mendapatkan Mauro Icardi secara tetap dari Inter Milan musim panas ini, dengan pemain itu juga nampaknya bersedia untuk bersetuju dengan syarat kontrak sementara.

Namun, berdasarkan situasi semasa yang melanda bola sepak eropah kerana wabak, Les Parisiens tidak sanggup membayar klausa pembelian tetap bernilai €70 juta — yang juga merupakan klausa pelepasan pada kontrak Icardi di Inter.

PSG berharap dapat berunding semula jumlah klausa pembelian tetap itu dengan Inter.

Sebelum ini, Pengarah Sukan PSG, Leonardo mendedahkan bahawa selepas tarikh akhir pinjaman Icadi, mereka harus memilih sama ada mahu membeli ataupu tidak. Ini bermakna, PSG tidak boleh melanjutkan perjanjian pinjaman.

Inter Milan telah diberitahu mengenai kedudukan terbaru PSG mengenai situasi harga Icardi dan tidak menolak kemungkinan kesepakatan itu akan dicapai selepas rundingan semula.

Ini selepas Antonio Conte masih tidak berminat untuk meletakkan semula pemain tersebut ke dalam pasukannya dalam kempen akan datang.

Conte tidak gemar dengan etika dan sikap Mauro Icardi yang sebelum ini ada rekod tidak menghormati pengurusnya.

PSG pula dikatakan mahu membayar pampasan yang jauh lebih rendah daripada €70 juta seperti perjanjian asal.

Mereka dikatakan mahu membayar sekitar €30 juta sahaja untuk bayaran pertama dan bonus yang boleh mencecah €20 juta lagi. Maksimum Inter Milan boleh dapat adalah sekitar €50 juta sahaja untuk pemain yang mereka pernah letakkan tanda harga €90 juta pada satu ketika dahulu.

Icardi mulai dipertimbangkan oleh PSG secara serius selepas mereka bakal kehilangan Edinson Cavani yang tidak mahu melanjutkan kontraknya di PSG.

Lagipun pemain itu meledak 20 gol dan menyumbang 4 assist musim ini. Ia satu pencapaian yang sangat baik daripada Icardi.

Inter Milan menganggap angka itu agak tak masuk akal. Kecuali mereka menyertakan Leandro Paredes di dalam perjanjian. Pemain yang menepati profil yang dimahukan oleh Antonio Conte.

Tetapi PSG tidak mahu memberikan Paredes. Sebaliknya mereka mungkin akan cuba menawarkan bintang antarabangsa Jerman, Julian Draxler.

Sebenarnya PSG pernah menawarkan Draxler untuk mendapatkan Icardi sebelum ini, namun perjanjian itu ditolak oleh Draxler yang terus mahu kekal bersama dengan PSG.

Situasi semasa sekarang ini, Draxler mahu mengesahkan tempatnya di dalam pasukan Jerman untuk Euro pada tahun hadapan. Thomas Tuchel sudah menyatakan kepada pemain itu bahawa beliau tidak akan dijanjikan minit perlawanan yang banyak di PSG.

Jadi, Draxler boleh mempertimbangkan untuk menyertai Inter Milan.

Baca yang lain