‘PSG Ibarat Penjara, Kaki Ugut Dan Mementingkan Wang’

Bekas ejen kepada Marco Verratti, Do ato Di Campli mendedahkan bahawa PSG ibarat sebuah penjara kepada pemain. Di mana pemain yang mahu keluar dari kelab itu akan dilayan ibarat banduan jika pemilik kelab tidak merestui tindakan mereka.

Di Campli menjelaskan, pemain seperti Thiago Silva dan Rabiot turut pernah berdepan masalah yang sama.

Di Campli tidak terkejut kalau PSG mengenakan tekanan dan ugutan kepada Kylian Mbappe yang tidak mahu melanjutkan lagi kontraknya. Di mana Mbappe turut diberikan pilihan, sama ada lanjutkan kontrak atau di akan dijual oleh kelab itu segara.

“Di PSG, pemain berada di penjara, kamu tidak boleh melakukan apa yang kelab tak sukar. Mereka juga akan mengugut kamu,” kata Campali kepada Relevo.

Di Campli mendakwa, dia sangat kenal dengan perangai PSG. Kerana sudah berurusan dengan kelab itu sejak 2012. Ketika itu dia membawa masuk Marco Verratti ke kelab tersebut.

FILE PHOTO: Soccer Football – Champions League – Group A – Paris St Germain v Manchester City – Parc des Princes, Paris, France – September 28, 2021 Paris St Germain’s Lionel Messi and Marco Verratti REUTERS/Gonzalo Fuentes/File photo

Donato Di Campali mendedahkan kisah, bagaimana usaha dia membawa Marco Verratti ke Barcelona, tidak kesampaian dan PSG telag mengenakan ancaman dan ugutan kepada pemain tersebut.

“Sikap PSG adalah suka mengugut pemaim. Kami sudah memutuskan mahu pergi ke Barcelona. Tindakan itu jelas tidak digemari oleh Emir Qatar.

“Al Khelaifi malah memberitahu saya, jika saya meneruskan usaha membawa pemain itu ke Barca, buruk padahnya nanti. Marco Verratti kemudian melepaskan [memecat] saya. Dan saya itulah pengakhirannya [kenapa Campli tidak lagi menjadi ejen Verrattii].”

“Saya yakin Verratti takut dengan mereka. Dia pastinya tidak akan mengakui perkara itu, namun itulah yang berlaku.”

Marco Verratti sebelum ini telah membuat kenyataan maaf secara rasmi dan menegaskan bahawa ejennya telah membuat kenyataan bercanggah dengan kehendaknya, Verratti kemudian melantik Mino Raiola sebagai ejen baharunya. Raiola sangat rapat dengan PSG.

“Dari hari pertama Verratti tiba di PSG, dia ibarat berada di dalam penjara. Kami bercakap dengan Barcelona dan PSG beberapa kali. Mereka memberitahu kami bahawa mereka akan menandatangani Neymar dan mereka sedang melakukan projek berteraskan Neymar.”

Bukan aku la, meh la betumbuk!

“Di PSG, jika kamu tak sependapat dengan mereka, ianya akan menjadi perkara peribadi. Bekas presiden Barca, Bartomeu kemudian tidak lagi menghubungi Al Khelaifi kerana tidak pernah diangkat.”

“Pengalaman saya berurusan dengan PSG sangat sangat teruk. Mereka kelab yang hanya mementingkan wang, kelab yang tiada jiwa.”

“Mereka tidak membenarkan pemain pemain itu pergi ke kelab lain. Emir dan Al Khelaifi menganggap kesemua perkara di dunia ini boleh dibeli. Dan percaya bahawa mereka boleh menguasai dunia dengan kuasa wang semata mata. Namun bukti nyata, ianya tidak boleh dilakukan dengan begitu.”

Di Campli juga menuduh PSG tidak mahu kehilangan Mbappe kerana mahu menjaga air muka kelab itu. Sedangkan pemain itu hanya mengikut kontrak yang dia tandatangani dan perkara biasa untuk seseorang itu untuk tidak mahu melanjutkan kontraknya.

“Ini soal imej kelab itu. Misalnya beberapa tahun lalu, Macron [Presiden Perancis] sendiri membantu memujuk Mbappe untuk tidak menerima tawaran Real Madrid.”

“Bagi pemain itu, dia mahu pergi selepas kontraknya berakhir pada 2024. Bagi PSG, ini soal air muka dan mereka tidak akan membiarkan Mbappe meninggalkan kelab itu tanpa meraih wang daripadanya.”

“PSG bukan kelab yang sanggup menerima kekalahan. Kita bercakap tentang bintang bintang lain Verratti, ingat dengan kes Marquinhos, Rabiot, Thiago Silva…”.

Pada 2016, Barcelona cuba menandatangani Marquinhos dengan nilai €60 juta. Namun PSG tidak melayan permintaan pemain itu. Sama juga kes dengan Thiago Silva yang turut berminat mahu ke Barcelona ketika dia berada di PSG.

Pada 2015, Atletico berminat dengan Thiago Motta, namun PSG menutup rundingan. Pada 2018,  Adrien Rabiot mahu menyertai AS Roma tetapi PSG tidak mahu melepaskannya.

Situasi Mbappe pasti akan rumit juga. Namun ketika ini, pemain itu dilihat berjaya membuatkan dirinya di landasan terbaik untuk mendapat manfaat daripada apa sahaja kemungkinan.

Jika kelab menjualnya, Mbappe berhak menuntut bonus kesetiaan sekitar £40 juta dan baki gajinya yang membolehkan dia meraih keseluruhan £150 juta daripada penjualan itu.

Jika dia terus kekal di PSG dan menjadi ejen bebas, dia akan mendapat bonus kesetiaan itu dan akan mengawal bayaran ejen atas namanya sendiri.

Baca yang lain