PSSI Bayar RM23 Juta Bayar Argentina Dan Yakin Dapat Pulangan RM80 Juta

PSSI (FAM cawangan Indonesia) dilaporkan telah membayar sejumlah IDR73 miliar bersamaan dengan RM23 juta / USD5 juta untuk memastikan Lionel Messi dan rakan rakannya merumput di Stadion Gelora Bung Karno.

Rory Smith dari The Times pernah melaporkan bahawa match fee ataupun yuran perlawanan yang perlu dibayar oleh mana mana negara yang mahu berdepan Argentina sudah meningkat mendadak.

Dan USD5 juta adalah harga paling rendah mereka letakkan. Kerana banyak perkara diambil kira oleh FA Argentina termasuk nilai komersial daripada perlawanan itu.

Serta keuntungan yang boleh dikaut oleh sesebuah negara itu daripada penjualan tiket daripada perlawanan melibatkan La Abiceleste itu.

Seterusnya, faktor banyak negara membida mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan Argentina juga menjadi antara punca.

Selain Indonesia, negara seperti Australia, China, UAE dan Amerika Syarikat antara negara yang beratur mahu berlawan dengan Argentina.

Argentina memiliki pemain terbaik dunia pada masa ini, Lionel Messi yang dianggap GOAT. Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk melihat Messi bermain di negara lain.

Argentina yang merupakan juara dunia 2022, telah mengesahkan tentang jelajah minggu antarabangsa FIFA ke Indonesia.

Dan mereka sedia untuk mempamerkan piala dunia yang mereka julang kepada peminat di Indonesia.

Sebelum ini Argentina merancang untuk berdepan dengan Bangladesh sebagai tanda terima kasih kepada rakyat di negara itu yang menjadi penyokong tegar Argentina pada kempen Piala Dunia 2022 yang lalu.

Namun malangnya, negara itu tidak memiliki stadium yang memuaskan hati pengurusan Argentina untuk bermain bola sepak. Ianya berisiko untuk memberikan masalah kecederaan kerana padang yang tidak bagus.

Argentina mempertimbangkan beberapa pilihan lain dan akhirnya setuju untuk memilih Indonesia.

Erick Thohir selaku bos PSSI telah berjanji bahawa dia akan memastikan aksi antara Indonesia dan Argentina akan berlangsung di negaranya.

Bola sepak di Indonesia ketika ini sedang meraikan kejayaan negara itu membawa pulang emas acara bola sepak Sukan SEA. Menamatkan penantian lebih 30 tahun mereka.

Walaupun membayar angka yang besar untuk membawa masuk Argentina ke negara itu, namun PSSI optimis akan berjaya mendapatkan semula pulangan yang jauh lebih lumayan.
Erick Thohir menjawab kritikan ke atas PSSI yang dianggap membazir dan membuang duit sebanyak RM23 juta semata mata mahu membawa pasukan itu beraksi selama 90 mini di Indonesia.

Erick Thohir mendedahkan, mereka tidak rugi apa apa malah untung besar, ada ler..

PSSI menjangkakan mereka akan mendapat RM80 juta daripada perlawanan tersebut.

Tiket perlawanan dijual dengan harga bermula RM184 sehingga RM1,305 dalam stadium berkapasiti 60,000 itu.

Selain daripada kutipan tiket, PSSI juga boleh manguat keuntungan daripada tajaan serta hak penyiaran.

Banyak syarikat berebut rebut mahu memaparkan produk mereka pada hari perlawanan ini kelak. Tidak kira pada papan iklan stadium atau di mana sahaja.

Daripada kutipan itu kelak Erick Thohir merancang untuk melaburkan semula wang itu pada pembangunan bola sepak Indonesia termasuk melabur dalam staf kejurulatihan berkelas dunia di semua peringkat.

Dalam sidang media yang sama Erick Thohir yakin sambutan ke atas perlawanan ini akan mengalahkan populariti Coldplay.

Erick berkata: “Saya rasa ini akan lebih meletup daripada Coldplay. Di mana Coldplay boleh datang lagi ke Indonesia dalam beberapa tahun akan datang. Namun untuk pasukan Argentina datang ke Indonesia sekali lagi, ianya mungkin hanya berlaku dalam 20-30 tahun lagi selepas ini.”

Baca yang lain