PSSI Panggil Bomoh Tolak Hujan Rara Bantu Kawal Cuaca Hujan Perlawanan Malam Ini

Masih ingat dengan bomoh hujan Rara Istiati Wulandari atau dikenali sebagai Rara Pawang Hujan di Indonesia yang pernah dipanggil membantu membantu mengawal cuaca hujan ketika MotoGP di Litar Mandalika?

Kali ini PSSI memanggilnya untuk mengawal cuaca hujan untuk pertemuan aksi antara Indonesia menentang Curacao.

Pasukan kebangsaan Indonesia dan Curacao akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan kedua hari ini di Stadium Pakansari, Cibinong, Bogor.

Dengan Jabatan Cuaca dan Meteorologi tempatan meramalkan bahawa cuaca akan hujang lebat pada malam ini dengan ribut petir.

Lantas PSSI memerlukan bantuan Rara Istiati Wulandari. PSSI menganggap ianya satu inisiatif yang perlu dilakukan.

“Rara baru banyak baca di Instagram, ramai yang sebut saya, hari ini pasukan kebangsaan, pasukan kebangsaan Garuda, lawan Curacao. Baik saya panggil Coach Indra (Sjafri),” kata Rara di Instagram peribadinya.

Namun begitu Rara akan melakukan ritual menolak hujan itu jauh dari venue perlawanan pasukan negara di Stadium Pakansari, Cibinong. Kerana dia sekarang berada di Palangkaraya, Kalimantan Tengah.

Rara bukannya nama asing dalam membantu skuad Indonesia. Khidmatnya pernah diperlukan pada 2019 ketika skuad B-22 Indonesia membawa pulang piala ke Istana. Di mana ketika itu Jokowi sendiri turut menyambut pasukan B-22.

Rara membantu mengawal cuaca bagi kelancaran acara.

Rara turut mendoakan agar pasukan Indonesia menang dalam aksi pada malam ini.

Indonesia berharap akan memenangi perlawanan ini dan menaikkan lagi ranking FIFA mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di