Puak Anti-lockdown Di AS Protes Siap Dengan Senjata

Negara Amerika Syarikat (AS) dikenali dengan sikap rakyatnya yang mahukan kebebasan dalam apa jua perkara.

Ini termasuk ketika seluruh dunia sedangn dikunci / lockdown – masih ramai mereka di AS yang tidak dapat menerimanya.

Mereka menganggap lockdown sebagai sesuatu yang melanggar kebebasan dan hak asasi mereka.

Semalam telah tersebar gambar beberapa jururawat turun ke jalanan di Denver untuk menghalang puak penentang lockdown daripada berhimpun.

Petugas kesihatan dimaki hamun oleh penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan dasar lokcdown oleh kerajaan.

Namun di New York dan Virginia, penunjuk bertindak lebih ramai. Mereka melaungkan bantahan ke atas kerajaan yang mengawal pergerakan rakyat dengan penjarakan sosial.

Walaupun di New York sahaja, angka kematian kerana wabak covid19 sudah lebih 10,000 kematian. Namun mereka tetap tidak mahu lockdown.

Penunjuk perasaan melaungkan #ReOpenAmerica / buka semula Amerika ditujukan kepada kerajaan.

Beberapa hari lalu, banyak perhimpunan besar dibuat di Ohio, North Carolina, Michigan, dan Kentucky.

Ada yang siap bersenjata di dalam tunjuk perasaan mereka. Ianya sebagai tanda betapa seriusnya mereka mahukan kebebasan mereka dikembalikan.

Patutlah hari tu penuh stor senjata mereka beratur sebelum lockdown.

Ada yang menngganggu tugas polis dan ambulan daripada melalui jalanraya tempat mereka berhimpun.

Penujuk perasaan turut memakai topeng Guy Fawkes dengan melaungkan chant ‘facts over fear!’

Mereka menganggap kerajaan terlalu takut dengan wabak dan menyusahkan orang lain dengan dasar lockdown yang bagi mereka satu tindakan paranoia semata mata.

Ada yang mulai turun membanjiri bandar dan membuatkan kesesakan lalulintas. Mereka mengibarkan bendera Amerika Syarikat dan bersorak tanpa social distancing langsung.

Mereka juga menegaskan bahawa, tubuh badan mereka adalah hak mereka. Dan kerajaan tidak ada hak nak menentukan apa yang harus dilakukan.

https://twitter.com/KTHopkins/status/1251826308813905920

Ada beberapa bandar mulai merasa tekanan daripada protes ini. Datuk Bandar Georgia antara yang sedang merancang untuk membuka semula bandar mereka sebagai tanda menghormati pungutan suara yang dibuat oleh penunjuk perasaan.

Antara alasan mereka nak lockdown dibuka adalah sebab nak pergi kedai gunting rambut.

Buat masa ini, hampir 800,000 kes covid19 dicatatkan di Amerika Syarikat. Dan telah mengorbankan lebih 42,500 nyawa.

Tindakan puak anti-lockdown ini turut dikritik ramai pihak yang menganggap mereka sebagai mementingkan diri sendiri.

Lockdown adalah salah satu cara untuk memutuskan rantaian jangkitan virus dan wabak daripada terus merebak.

Apapun, mujur la kita di sini tak macam tu. Walaupun ada la kes langgar PKP. Tetapi tak ada la seteruk tu, sampai buat protes beramai-ramai turun ke jalanan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di