Lihat Rafa Silva Menjaringkan Gol Solo Dengan Pecutan Tak Masuk Akal, Kualiti Pencalonan Puskas

Sesetengah enyokong Liverpool mungkin gembira dengan undian UCL sebelum ini. Di mana pasukan The Reds diundi menentang Benfica.

Dalam undian UCL baru baru ini, juara bertahan Chelsea diundi berdepan dengan Real Madrid yang merupakan pendahulu La Liga ketika ini.

Seterusnya Manchester City akan berdepand dengan kelab Sepanyol – Atletico Madrid.

Villarreal akan menanti cabaran daripada pasukan gergasi Bayern Munich.

Sementara Liverpool pula berdepan dengan Benfica.

Rafa Silva adalah senjata utama Benfica

Namun sebenarnya, Benfica memiliki senjata utama yang sangat bahaya bernama Rafa Silva. Rafa Silva merupakan pemain yang dikenali dengan kelincahan dan kepantasan yang luar biasa.

Terbaru pemain itu menunjukkan kualiti larian, gelecekan dan penyudahnya menerusi dengan jaringan luar biasa menentang Estroril dalam Liga Portugal.

Pemain berusia 28 tahun itu menikmati musim cemerlang pada musim 2021/22. Dia sudah menjarinhkan 8 gol, 17 assist daripada 26 perlawanan liga. Atau dalam erti kata lain, Rafa Silva sudah terlibat secara langsung dalam 25 gol Benfica dalam liga pada musim ini (menerusi catatan gol + assist).

Pada Ahad lalu, Rafa Silva menjadi nadi penting kemenangan 2-1 Benfica ke atas Estoril.

Gol beliau pada minit ke-34, menunjukkan betapa menggerunkan larian solo pemain itu juga diberikan ruang. Lebih lebih lagi ketika serangan balas ataupun pertahanan di garisan tinggi.

Rafa Silva merampas bola dari kawasannya dan berlari ibarat tiada esok.

Selain daripada kelajuannya, dapat dilihat Rafa Silva bijak menggunakan pusat graviti rendahnya untuk mengatasi cabaran secara fizikal daripada pertahanan lawan.

Beliau kemudian melakukan percubaan ala no.9 dengan melencongkan secara leret bola melepasi penjaga gol. Kelajuan dan ketajamannya pastinya akan memberikan masalah kepada mana mana pasukan termasuk Liverpool.

Gol yang gila dan layak dipertandingkan dalam Puskas

Zach Lowy menganggap ianya gol tercantik musim ini. Sementara yang lain menyatakan gol itu adalah level Puskas dan berhak untuk dicalonkan dalam anugerah gol tercantik Puskas nanti.

Kepantasannya membuatkan Rafa Silva digelar Speed Demon. Gol tersebut adalah kombinasi, usaha pressing yang sempurna oleh Rafa Silva kemudian disuntik elemen gelecekan yang baik ditambah dengan pace serta teknik percubaan ke arah gol yang cemerlang.

Kita seringkali melihat pemain seperti Lionel Messi ataupun Maradona melakukan larian solo dari bawah seperti itu dan mencetuskan ancaman terus kepada gol. Rafa Silva mungkin baru sahaja menjaringkan gol solo tercantik di dalam kariernya.

Rafa Silva menjadi pemain yang dikehendaki banyak pasukan termasuk pasukan besar di Eropah selepas membina reputasinya sebagai salah seorang playmaker yang hebat.

Beliau sebelum ini sudah cuba dipancing oleh Wolves yang sedia menuruti tanda harga  £42 juta pada pemain itu. Namun rundingan itu gagal kerana Rafa Silva memutuskan untuk terus kekal di Benfica.

Selain itu, Rafa Silva pernah dikaitkan dengan Arsenal beberapa musim yang lalu. Mungkin Mikel Arteta harus memikirkan semula untuk cuba mendapatkan tandatangan Rafa Silva? Pemain yang dikatakan berminat untuk datang ke Arsenal sebelum ini.

Benfica memiliki polisi yang terbuka dalam penjualan pemain bintang mereka. Namun itu bukan bermakna Rafa Silva adalah barangan yang boleh dibeli murah berbanding pemain bintang lain. Ini selepas peningkatan prestasi pemain itu dari tahun ke tahun dan menjadikannya sebagai bintang penting kelab.

Rafa Silva memulakan kariernya di peringkat akademi dengan Povoense. Kemudian membuat debut dengan pasukan senior Fairense sebelum ke Braga. Tetapi selepas itu dia ditolak ke pasukan pembangunan Braga B sebelum menyertai Benfica pada 2016.

Baca yang lain